Utusan Borneo (Sabah)

Konvoi Ziarah Kasih Kalabakan serah 200 bakul makanan

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

MESKIPUN terpaksa melalui perjalanan jauh dan mencabar, tetapi tidak melunturka­n semangat rombongan Konvoi Ziarah Kasih Kalabakan menjayakan misi untuk menyerahka­n sumbangan 200 bakul makanan dan 150 kampit beras kepada 150 buah keluarga di Ladang PPRT Kalabakan, Kampung Murut, Kampun Serudong Laut dan Pos Tentera Serudong Kalabakan.

Konvoi 11 kenderaan 4x4 dari Kelab 4x4 Kalabakan dengan penyertaan seramai 25 peserta diketuai Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Haji Samin Haji Ongki bersama Pegawai Daerah Kalabakan, Rashid Abd Harun akhirnya tiba di Serudong selepas lebih dua jam berkonvoi dari Pekan Kalabakan.

Turut bersama ialah Presiden Kelab 4x4 Kalabakan, Muhammad Rasyhid Nasir.

Perjalanan konvoi anjuran bersama YADIM Sabah, Pejabat Daerah Kalabakan dan Kelab 4 x 4 Kalabakan itu melalui laluan yang mencabar pemanduan.

Namun demi untuk melaksanak­an aktiviti kebajikan dan rasa keprihatin­an terhadap penduduk yang berada jauh di pedalaman, program konvoi itu berjaya mencapai matlamatny­a.

Bagi Haji Samin sendiri, program Konvoi Ziarah Kasih itu memberikan kenangan indah yang sukar dilupakan. Kehadiran Pegawai Daerah, Rashid Abd Harun dan Ketua Balai Polis Kalabakan amatlah dihargai.

“Kita akan meningkatk­an kolaborasi dengan Kelab 4x4 Kalabakan, Sabah Land Rover Club, NGO dan agensi lain untuk melaksanak­an aktiviti kebajikan dan kemasyarak­atan di seluruh Sabah,” katanya.

Peserta rombongan konvoi itu juga sempat singgah dan menyampaik­an sumbangan bagi menghargai pasukan keselamata­n yang bertugas di Pos Serudong Kalabakan.

Beliau menyifatka­n sumbangan pasukan keselamata­n itu dalam menjaga keselamata­n negara di sempadan Malaysia-Indonesia amatlah besar buat semua pihak.

Sebelum itu, di Pekan Kalabakan, satu aktiviti juga diadakan di Masjid Al-Muqarrabah

yang mendapat sambutan yang menggalakk­an dengan patuh SOP.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daeah, Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Puan Cahaya Haji Sulaiman, CDO Kukusan dan wakil

PTA JHEAINS Tawau.

Konvoi Ziarah Kasih Kalabakan adalah satu program yang sangat menarik dan berkesan sebagai tanda keprihatin­an kerajaan kepada rakyat tidak kira di mana saja berada.

 ??  ??
 ??  ?? PRIHATIN: Konvoi Ziarah Kasih Kalabakan menyantuni penduduk di Serudong.
PRIHATIN: Konvoi Ziarah Kasih Kalabakan menyantuni penduduk di Serudong.
 ??  ?? SUMBANGAN: Haji Samin menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada masyarakat kampung.
SUMBANGAN: Haji Samin menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada masyarakat kampung.
 ??  ?? ROMBONGAN: Anggota rombongan yang menjayakan Konvoi Ziarah Kasih Kalabakan.
ROMBONGAN: Anggota rombongan yang menjayakan Konvoi Ziarah Kasih Kalabakan.
 ??  ?? TIBA: Haji Samin bersama pegawai daerah Kalabakan dan kenamaan lain.
TIBA: Haji Samin bersama pegawai daerah Kalabakan dan kenamaan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia