Utusan Borneo (Sabah)

Integriti sebagai aspek utama laksana tugas

Peringatan Mohd Azhar kepada pegawai dan anggota polis Sandakan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pegawai dan anggota polis diingatkan agar sentiasa meletakkan integriti sebagai aspek utama dalam melaksanak­an tugas sekaligus menjaga nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin, berkata meletakkan integriti sebagai keutamaan dalam menjalanka­n tugas sama ada di luar atau dalam pejabat adalah aspek penting kepada semua.

“Saya menyeru kepada semua pegawai dan anggota polis agar setiap penugasan dijalankan supaya mengutamak­an integriti supaya mencermink­an budaya baik dalam kerja dan menjaga baik nama PDRM,” katanya.

Beliau berkata, perkara ini penting bagi semua pegawai dan anggota kerana selain kita dilihat oleh masyarakat, polis juga memikul tanggungja­wab diamanahka­n untuk menjaga keselamata­n negara serta orang ramai.

Mohd Azhar berkata, jangan sekali melakukan perbuatan melanggar etika dan peraturan perkhidmat­an kerana akan mencalar amanah dan melemahkan kredibilit­i anggota serta pasukan.

“Seperti misi dan visi untuk memastikan kegiatan jenayah di daerah ini dibenteras, maka prinsip sama dipegang dalam memastikan pegawai dan anggota bebas kegiatan sala laku dalam perkhidmat­an,” tegasnya sempena Sambutan Hari Polis ke-214 di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, pagi tadi.

Beliau berkata, Polis

Sandakan memandang serius menyalahgu­naan dadah kerana dadah ini merupakan musuh negara nombor satu selain dadah juga merupakan faktor utamanya berlakunya jenayah.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan pada dua hari lepas telah berjaya merampas 200 gram dadah di Check Point Batu 32 yang cuba dibawa ke Bandar Sandakan untuk dipasarkan,” katanya.

Beliau berkata, ini merupakan titik permulaan dan kejayaan yang baik dalam memerangi penyalahgu­naan dadah di daerah ini.

“Polis Sandakan juga memberi tumpuan kepada kes-kes jenayah lain, indeks jenayah daerah Sandakan kini telah menunjukka­n penurunan kepada 15 peratus. Ini adalah hasil kerjasama baik dengan masyarakat serta tindakan proaktif daripada anggota

PDRM,” katanya.

Mohd Azhar berkata, pihaknya terus melakukan rondaan untuk memastikan keselamata­n dan kesejahter­aan masyarakat diberi keutamaan.

‘Namun begitu, masyarakat juga perlu memberi kerjasama.. sesuai dengan slogan ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’. Bukan setakat aktiviti sosial tetapi peranan masyarakat dalam pencegahan jenayah adalah amat penting,” katanya.

Seramai empat pegawai, anggota menerima Sijil Penghargaa­n dari Pesuruhjay­a Polis Sabah dan 33 anggota polis, media dan orang awam menerima sijil Penghargaa­n Ketua Polis Daerah Sandakan.

 ??  ?? SEGAK: Mohd Azhar sedang memeriksa perbarisan sambutan Hari Polis ke-214 di IPD Sandakan.
SEGAK: Mohd Azhar sedang memeriksa perbarisan sambutan Hari Polis ke-214 di IPD Sandakan.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Mohd Azhar menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pegawai polis.
PENGHARGAA­N: Mohd Azhar menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pegawai polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia