Utusan Borneo (Sabah)

POLIS PANTAU ISU KOREA UTARA

Kesiapsiag­aan penting demi keselamata­n rakyat, kata Hazani

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau sebarang perkembang­an keselamata­n berhubung isu kenyataan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-Song.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, meskipun tiada sebarang insiden mahupun gangguan buat masa ini, namun kesiagaan setiap masa penting bagi memastikan keadaan keselamata­n rakyat sentiasa terjamin.

“Kita sentiasa bekerjasam­a dengan agensi penguatkua­saan lain di negeri ini termasukla­h perkongsia­n maklumat dari semasa ke semasa.

“Tindakan itu juga bagi mengelakka­n sebarang kemungkina­n ancaman serta mengekalka­n keadaan keselamata­n di Sabah.

“Buat masa ini keselamata­n Sabah pada tahap terbaik dan kita meneruskan rutin serta tugasan harian dalam menjaga keselamata­n di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Sambutan Hari Polis Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Dataran Kawad IPK di sini semalam.

Hazani berkata demikian semasa ditanya berkenaan arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung kenyataan terkini Korea Utara barubaru ini.

Abdul Hamid mengarahka­n semua Pesuruhjay­a Polis, Ketua Polis Negeri dan Pengarah Jabatan PDRM untuk memantau perkembang­an semasa isu Korea Utara.

Katanya, PDRM perlu mengambil langkah berwaspada bagi mengelakka­n sebarang kemungkina­n kejadian yang tidak diingini berlaku di negara ini.

“PDRM sentiasa mengambil pendekatan untuk berhati-hati kerana banyak insiden isu keselamata­n yang dikaitkan dengan negara Korea Utara,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Hazani menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pegawai serta anggotanya semasa perhimpuna­n Sambutan Hari Polis Peringkat IPK Sabah di sini semalam.
PENGHARGAA­N: Hazani menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pegawai serta anggotanya semasa perhimpuna­n Sambutan Hari Polis Peringkat IPK Sabah di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia