Utusan Borneo (Sabah)

Kaji semula data e-Kasih: Masiung

-

KOTA KINABALU: Pangkalan data e-Kasih yang mula diperkenal­kan 13 tahun lalu wajar dikaji semula bagi memastikan bantuan tersebut sampai kepada golongan sasar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Datuk Masiung Banah, berkata sistem e-Kasih sudah tidak relevan lagi di negeri ini dan ia perlu segera dikemas kini mengikut keperluan semasa.

“Saya melihat sudah tidak ada ketulusan dalam e-Kasih kerana mereka yang benar-benar layak tidak mendapat keutamaan sewajarnya.

“Di kawasan saya sendiri di daerah Tongod, ada penerima bantuan e-Kasih sudah dikenal pasti terkeluar dari paras kemiskinan, tetapi nama mereka masih direkodkan sebagai penerima bantuan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan agar menambah baik sistem itu sejak dilaksanak­an pada tahun 2008.

Walaupun e-Kasih di bawah pelaksanaa­n Jabatan Perdana Menteri, tapi Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah wajar mengemas kini semula pangkalan data yang sudah lapuk.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) bertaraf menteri berkata, banyak aduan diterima berhubung masalah e-Kasih, ada yang sudah memilik rumah banglo dan berkereta mewah tetapi nama mereka masih dalam senarai penerima bantuan.

“Ini tidak adil kepada golongan berpandapa­tan rendah yang menjadi mangsa kepada masalah birokrasi kerana kurang mendapat layanan baik dari pegawai dan pemimpin kecil di peringkat daerah.

“Sebaliknya ada penduduk yang mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin tempatan mendapat keutamaan walaupun sepatutnya mereka tidak layak sebagai penerima bantuan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu itu, Masiung meminta Ketua-ketua Kampung dan Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) supaya lebih tulus ketika menyenarai­kan nama penduduk yang benarbenar layak.

Menurutnya, Pegawai Daerah di negeri ini juga perlu melakukan semakan semula ‘double cheik’ setiap nama yang disenaraik­an oleh Ketua Kampung atau JPKK berhubung data e-Kasih.

Katanya, Pejabat Daerah juga wajar merekodkan senarai penduduk B40 yang terkesan teruk dengan pandemik COVID-19 sejak tahun lalu supaya diberi keutamaan dalam senarai e-Kasih.

Menurut Masiung, walaupun Kerajaan Persekutua­n telah mengumumka­n peruntukan RM6.8 juta untuk menambah baik siatem eKasih pada Disember tahun lalu tetapi di Sabah masih menggunaka­n pangkalan data yang lama.

 ??  ?? MASIUNG
MASIUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia