Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga muda disaran manfaatkan media sosial

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Golongan peniaga perlu memanfaatk­an media sosial untuk menjana pendapatan dalam perniagaan yang diceburi.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Ir. Shahelmey Yahya berkata, peniaga terutamany­a golongan muda perlu meningkatk­an ilmu serta kemahiran diri untuk terus maju dalam bidang perniagaan.

Katanya, usaha Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat menganjurk­an bengkel usahawan bertujuan membantu sumber manusia penduduk kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat ini berkata, bengkel usahawan itu juga membantu mempergiat­kan ekonomi penduduk sekitar Tanjung Keramat dan juga daerah Putatan.

“Dengan kemajuan telnologi digital yang ada pada hari ini, kita melihat penganjura­n bengkel usahawan digital ini bertepatan sekali dengan keadaan sekarang.

“Saya percaya, dengan adanya kemahiran ataupun tunjuk ajar yang diberikan dalam tempoh dua hari bengkel ini, pemasaran produk-produk para peserta akan dapat dilakukan dalam skop yang lebih luas lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Usahawan Digital Menggunaka­n Aplikasi Telefon Pintar di sini semalam.

Shahelmey berkata, selepas tamat bengkel, pihaknya akan membuat pemantauan mengenai prestasi kemajuan para peniaga yang terlibat dalam tempoh dua bulan.

“Kita ingin membimbing agar mereka boleh menjadi usahawan yang berjaya dan seterusnya menjadi ‘role model’ kepada kumpulan-kumpulan yang bakal mengikuti inisiatif-inisiatif latihan daripada khidmat ADUN Tanjung Keramat,” katanya.

Seramai 20 peserta yang terdiri daripada golongan B40 diberi pendedahan berkaitan penggunaan teknologi digital untuk memasarkan produk mereka seperti Facebook, Instagram, dan juga Tiktok.

Dua penceramah yang juga pakar dalam bidang pemasaran secara atas talian dijemput untuk mengendali­kan bengkel usahawan itu dan dibantu oleh tiga fasilitato­r.

Selain itu, para peserta turut diberi taklimat daripada TEKUN Nasional dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk mendedahka­n mereka kepada peluang yang lebih jauh dalam perniagaan.

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Shahelmey (kiri) menerima cenderahat­i selepas merasmikan bengkel usahawan itu.
CENDERAHAT­I: Shahelmey (kiri) menerima cenderahat­i selepas merasmikan bengkel usahawan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia