Utusan Borneo (Sabah)

Dua anggota ‘Geng Taufik’ ditahan, lapan kes pecah rumah selesai

- Oleh Vivi Olviana Najurus

PENAMPANG: Tindakan dua lelaki memecah masuk rumah serta premis untuk mendapatka­n wang berakhir apabila ditahan sepasukan polis dari IPD Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, keduadua suspek termasuk remaja berumur 13 tahun yang juga warga asing serta rakannya berumur 30 tahun berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di pusat bandar pada 22 Mac lalu.

“Bertindak dengan kegusaran penduduk terutama di kawasan Bundusan serta Beverly Hills di sini, kita menubuhkan pasukan khas bagi menangani kes pecah rumah sekitar sini.

“Hasil penyiasata­n serta risikan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Penampang kita berjaya menahan dua suspek lelaki dan berjaya menyelesai­kan lapan kes pecah rumah sekitar sini,” katanya.

Haris berkata, hasil siasatan lanjut terhadap suspek mendedahka­n mereka menjalanka­n lapan kegiatan pecah rumah sejak awal tahun ini dengan menyasarka­n kedai runcit serta restoran di sini.

“Modus operandi suspek adalah memasuki premis dengan membuka pintu utama menggunaka­n pemutar skru yang sudah diubah suai sebelum melarikan wang dalam premis berkenaan.

“Suspek kemudian menggunaka­n wang itu untuk menginap di hotel sekitar Kota Kinabalu dan bersantai serta berseronok sesama sendiri tanpa tujuan penting,” katanya.

Beliau berkata, keduadua suspek yang dikenali ‘Geng Taufik’ kini ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut juga dijalankan bagi mendedahka­n kegiatan lain yang dilakukan oleh keduadua suspek sebelum ini.

Haris juga menasihatk­an penduduk sekitar daerah ini agar sentiasa berhatihat­i dan memasang peranti keselamata­n pada premis masing-masing bagi mengelakka­n dipecah masuk penjenayah.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas Sambutan Hari Polis peringkat IPD Penampang di sini semalam.

 ??  ?? SEGAK: Warga IPD Penampang merakamkan kenangan semasa sambutan Hari Polis di IPD Penampang semalam.
SEGAK: Warga IPD Penampang merakamkan kenangan semasa sambutan Hari Polis di IPD Penampang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia