Utusan Borneo (Sabah)

Balai Polis Matunggong bakal diwujudkan

- Oleh Yap Siong Han

KUDAT: Cadangan untuk mewujudkan sebuah Balai Polis di pekan kecil Matunggong bukan perkara baru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Datuk Julita Majungki berkata, sehingga kini Pekan Matunggong masih tidak mempunyai balai polis dan penduduk hanya bergantung harap kepada perkhidmat­an polis dari IPD Kudat.

Baru-baru ini katanya, dalam satu perbincang­an bersama pihak Pejabat Daerah Kecil (Urusetia Kecil Matunggong), cadangan sementara balai berkenaan dengan menggunaka­n sebuah bangunan kerajaan sedia ada.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat berkata, bangunan ini suatu ketika dahulu merupakan rumah kediaman kakitangan Pejabat Daerah Kecil Matunggong.

“Oleh kerana bangunan ini tidak digunakan, adalah wajar sekiranya ianya dapat digunakan sementara menunggu pembinaan balai polis kekal di tapak tersedia dalam kawasan pekan, dan pada masa yang sama kos operasi dapat diringanka­n,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Julita diiringi oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Francis Chong bersama wakil Ketua Polis Daerah Kudat (Ketua Bahagian Pengurusan IPD Kudat) ASP Mohd Azli Fauzan Othman membuat tinjauan ke bangunan yang dicadangka­n.

“Kita berasa gembira kerana akhirnya balai polis akan beroperasi di Matunggong,” katanya.

Hadir sama dalam tinjauan itu ialah Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi IPD Kudat, ASP Ag. Saifudin Ag.Imran dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Marius Masain.

 ??  ?? TINJAU: Julita (dua kanan) mendengar penerangan daripada Francis (dua kiri) semasa membuat tinjauan ke bangunan yang dicadangka­n sebagai balai polis Matunggong.
TINJAU: Julita (dua kanan) mendengar penerangan daripada Francis (dua kiri) semasa membuat tinjauan ke bangunan yang dicadangka­n sebagai balai polis Matunggong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia