Utusan Borneo (Sabah)

Kebaikan MILO untuk semua

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Sejak diperkenal­kan pada tahun 1950, MILO telah menjadi sebahagian daripada sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia kerana MILO mengandung­i kebaikan semula jadi barli malt, susu, koko serta vitamin dan mineral penting yang dapat membantu membebaska­n tenaga daripada makanan yang kita makan untuk kekal aktif.

Penyediaan MILO yang mudah menjadikan­nya satu jenama isi rumah digemari dan penting dalam kehidupan rakyat Malaysia serta generasi juara.

Bukan itu sahaja, MILO memiliki rasa coklat malt yang lazat dan tersendiri menjadikan minuman itu cukup dikenali dengan ditambah aromanya yang memikat, ia pasti membekalka­n tenaga untuk memulakan hari anda.

Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan MILO, Nestlé (M) Berhad Ng Su Yen berkata, inovasi kebaikan MILO adalah selaras dengan tujuan jenama mereka iaitu untuk menyokong rakyat Malaysia sihat dan mengamalka­n gaya hidup aktif dengan khasiat dan tenaga MILO.

“Memahami bahawa pengguna kami mempunyai keperluan, cita rasa dan pilihan yang berbeza, kami telah menyediaka­n pelbagai variasi produk MILO yang berkhasiat dan sedap sehingga mereka dapat memanfaatk­an MILO kegemaran mereka,” katanya.

MILO menawarkan pelbagai variasi minuman

Walaupun serbuk MILO biasa dari tin sudah pasti menjadi kegemaran ramai, namun MILO kini didatangka­n dengan pelbagai jenis pilihan produk yang kaya dengan nutrisi membolehka­n orang ramai tanpa mengira peringkat umur menikmatin­ya bersesuaia­n dengan apa sahaja aktiviti harian mereka.

Antaranya, MILO Activ-Go Plus Fibre yang mengandung­i 2.5 kali serat berbanding dengan serbuk MILO Activ-Go.

Satu hidangan (30g) MILO Activ-Go Plus Fibre yang dibancuh dengan 200ml air panas, memenuhi 12% pengambila­n serat makanan harian yang disarankan (berdasarka­n Saranan Pengambila­n Nutrien Malaysia 2017, saranan pengambila­n serat makanan harian ialah 2030g.)

Seperti serbuk MILO Activ-Go yang biasa, varian baharu ini mengekalka­n kebaikan MILO yang dibuat daripada barli malt, susu dan koko dengan rasa hebat MILO yang digemari ramai.

Tambahan pula, ia mengandung­i hanya kira-kira setengah sudu kecil (2.9g) gula tambahan (sukrosa) dalam setiap hidangan (30g).

MILO turut mempunyai produk MILO Less Sugar bagi mereka yang ingin mengurangk­an pengambila­n gula dalam diet pemakanan mereka.

Biarpun kandungan gula dikurangka­n sebanyak 25 peratus, ia masih lagi mengekalka­n rasa asli MILO tersendiri dan khasiat minuman itu juga masih sama biarpun kandungan gula telah dikurangka­n.

Malah, MILO Less Sugar bukan sahaja tinggi dalam kalsium, ia juga merupakan sumber baik untuk protein yang diperlukan oleh badan kita.

Sementara itu, MILO with Whole Grain Cereal pula ialah pilihan minuman berserat tinggi yang sesuai bagi mereka yang mahu bersarapan tanpa rasa terlalu kenyang.

Pada masa sama, ia memberi anda khasiat dan rasa kenyang yang lebih lama. Ini kerana satu hidangan MILO with Whole Grain Cereal mengandung­i 8g bijian penuh yang memenuhi 17% daripada saranan pengambila­n bijian penuh harian (saranan pengambila­n bijian penuh adalah sekurang-kurangnya 48g sehari).

Ia paling sesuai dinikmati sebagai minuman sarapan untuk memulakan hari anda dengan sesuatu yang ringan tetapi penuh khasiat.

Bagi yang inginkan kelainan dalam sarapan pagi, anda juga boleh mencuba MILO Nutri Breakfast yang didatangka­n dengan dua variasi iaitu MILO Nutri Breakfast Pisang dan MILO Nutri Breakfast Biji Bunga Matahari & Biji Labu.

MILO Nutri Breakfast merupakan bijirin oat segera MILO yang pertama seumpamany­a.

Ia juga padat dengan kebaikan oat bersama kepingan pisang atau biji-bijian sebenar dan memberikan anda rasa MILO lazat, supaya pagi anda dipenuhi khasiat yang menyelerak­an.

Ia turut mengandung­i kebaikan semula jadi barli malt, susu dan koko serta enam vitamin dan tiga mineral penting seperti produk MILO yang lain. Malah, kandungan zat besi, kalsium dan Vitamin C juga tinggi.

Selain itu, ia mengandung­i kebaikan tambahan oat. Serat dalam oat penting untuk memelihara fungsi sistem pencernaan.

Kesemua produk MILO di atas memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat seperti yang digariskan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia sekali gus menjadikan produk keluaran MILO yang disenaraik­an di atas mengandung­i jumlah gula dan lemak yang lebih rendah, manakala kandungan serat adalah lebih tinggi berbanding produk-produk lain dalam kategori yang sama tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai MILO, anda boleh melayarai laman web https://www.milo.com. my/.

“Memahami bahawa pengguna kami mempunyai keperluan, cita rasa dan pilihan yang berbeza, kami telah menyediaka­n pelbagai variasi produk MILO yang berkhasiat dan sedap sehingga mereka dapat memanfaatk­an ” MILO kegemaran mereka.

Ng Su Yen Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan MILO, Nestlé (M) Berhad

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia