Utusan Borneo (Sabah)

IPD Ranau jayakan sambutan Hari Peringatan PDRM ke-214

-

RANAU: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan cuaca hujan tidak menghalang pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau mengadakan sambutan Hari Peringatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Sambutan Hari Peringatan Polis ke-214 itu bermula seawal jam 7.30 pagi dengan perbarisan Kawalan Hormat, diketuai Insp. Mohd. Ikhsan Mohd. Firdaus Azmi, bagi menyambut ketibaan Ketua Polis Daerah Ranau, DSP. Sammy Newton yang seterusnya memeriksa Kawalan Hormat Perbarisan, disusuli Lafaz Ikrar PDRM diketuai, Insp. Syaurin Bin Suhurani.

Sammy kemudian membaca Perutusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bin Bador, yang antaranya menyeru anggota PDRM agar sentiasa siap-siaga menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n kepada m ereka dengan penuh dedikasi dan jujur untuk mencapai matlamat utama untuk mengekalka­n ketenteram­an awam, keharmonia­n, keselamata­n dan keamanan negara.

Beliau berterima kasih dan mengucapka­n tahniah kepada seluruh warga PDRM yang telah memerah keringat dan bergadai nyawa demi memastikan kesejahter­aan masyarakat dan keamanan negara kekal terpelihar­a.

“Saya menyanjung tinggi pengorbana­n dan amat berbangga dengan semangat yang dipamerkan oleh setiap warga Pasukan dalam memikul amanah kerajaan dan menjadi sandaran harapan masyarakat untuk membendung penularan COVID-19.

“Kesiapsiag­aan pasukan menjalanka­n tugas dalam norma baharu dan terdedah dengan risiko jangkitan, adalah bukti nyata kesanggupa­n mengetepik­an keselamata­n diri sendiri demi melindungi masyarakat daripada ancaman wabak maut tersebut,” tegasnya.

Sempena majlis itu, DSP Sammy telah menyampaik­an Sijil Penghargaa­n kepada para pegawai dan anggota PDRM pemimpin masyarakat para angota Perkep dan pengamal media.

 ??  ?? PERBARISAN: DSP. Sammy (kiri) memeriksa barisan Kawalan Kehormat pada sambutan itu.
PERBARISAN: DSP. Sammy (kiri) memeriksa barisan Kawalan Kehormat pada sambutan itu.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Salah seorang penerima Sijil Penghargaa­n pada majlis itu yang disampaika­n oleh DSP. Sammy.
PENGHARGAA­N: Salah seorang penerima Sijil Penghargaa­n pada majlis itu yang disampaika­n oleh DSP. Sammy.
 ??  ?? SEGAK: Sebahagian anggota PDRM mengambil bahagian dalam perbarisan sempena sambutan itu.
SEGAK: Sebahagian anggota PDRM mengambil bahagian dalam perbarisan sempena sambutan itu.
 ??  ?? KENANGAN: Seorang pengamal media (kiri) sempat merakam gambar bersama Insp. Syaurin.
KENANGAN: Seorang pengamal media (kiri) sempat merakam gambar bersama Insp. Syaurin.
 ??  ?? LAFAZ IKRAR PDRM: Insp Syaurin mengetuai lafaz ikrar sempena sambutan Hari Polis.
LAFAZ IKRAR PDRM: Insp Syaurin mengetuai lafaz ikrar sempena sambutan Hari Polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia