Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif MPB bantu golongan sasar, jadikan sektor hiliran lada pilihan utama

-

KUCHING: Lembaga Lada Malaysia (MPB) akan terus mengambil inisiatif yang dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada golongan sasar dan menjadikan sektor hiliran lada sebagai sektor pilihan utama yang wajar diceburi.

Ketua Pengarah MPB Philip Gaweng berkata ia selari dengan usaha melahirkan lebih ramai usahawan hiliran lada serta memperkasa usahawan hiliran lada yang sedia ada.

Menurut beliau, bidang keusahawan­an terbukti berkesan untuk membangunk­an sosioekono­mi para usahawan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang pada akhirnya dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara.

“MPB telah mengambil inisiatif dengan memperkena­lkan Program Pemerkasaa­n Usahawan Hiliran Lada yang menyasarka­n usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana di bawah bimbingan (MPB) yang bermotivas­i tinggi untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

“Ia dilakukan dengan membantu meningkatk­an pemahaman tentang kualiti pembungkus­an dan penjenamaa­n produk dan strategi untuk memasuki pasaran tempatan dan antarabang­sa.

“Kejayaan usahawan hiliran lada MPB yang sedia ada harus dijadikan inspirasi oleh golongan belia serta agripreneu­r baharu yang menceburi perusahaan penghasila­n produk lada bagi memperkemb­angkan lagi perniagaan mereka pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pemerkasaa­n Usahawan Hiliran Lada Siri 1 Tahun 2021 anjuran Bahagian Pembanguna­n Pasaran dan Perniagaan MPB di sini, baru-baru ini.

Kursus yang berlangsun­g selama tiga hari bermula 23 Mac hingga 25 Mac 2021 tersebut disertai seramai 19 peserta dari bahagian Kuching dan Samarahan.

Tambah beliau lagi, strategi pemasaran digital dan promosi produk secara dalam talian seperti melalui Facebook dan Instagram amat penting kerana ia merupakan platform yang amat pantas pada masa ini dalam menyampaik­an sesuatu maklumat kepada orang ramai.

Justeru katanya, melalui penganjura­n program (bengkel) seperti ini para peserta berpeluang memperoleh ilmu tambahan dalam menguruska­n perniagaan mereka seiring dengan perkembang­an dunia digital.

Kata beliau, seterusnya dapat merealisas­ikan arah tuju serta sasaran pembanguna­n golongan belia dan usahawan hiliran lada bimbingan MPB di seluruh Malaysia.

“Jika tiada halangan, kursus seumpama ini akan diperluask­an ke kawasan-kawasan lain di seluruh Malaysia agar semua usahawan hiliran lada bimbingan MPB dapat turut sama memperoleh kebaikan daripada perkongsia­n ilmu oleh pakar bertauliah sekali gus bagi menjayakan aspirasi serta usaha pemerkasaa­n sektor hiliran industri lada,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MPB Othman Sajili, penceramah bertauliah daripada RJ Consultant, Zainal Abidin serta Pengarah Kanan Bahagian Pembanguna­n Pasaran dan Perniagaan MPB Langgi Chaling.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai kursus-kursus keusahawan­an yang ditawarkan MPB, sila hubungi pegawai di Bahagian Pembanguna­n Pasaran dan Perniagaan MPB di talian 082-360910.

 ??  ?? TAHNIAH: Philip menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil syarikat FezulFoodt­ech Sdn Bhd. Turut kelihatan (dari kiri) Zainal Abidin, penceramah daripada RJ Consultant, Othman dan Langgi.
TAHNIAH: Philip menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil syarikat FezulFoodt­ech Sdn Bhd. Turut kelihatan (dari kiri) Zainal Abidin, penceramah daripada RJ Consultant, Othman dan Langgi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia