Utusan Borneo (Sabah)

Mandi lumpur di Kampung Meritam menyeronok­kan

Mandi di Lumpur Bebuak merupakan satu kewajipan bagi kanak-kanak di kampung itu

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: “Badan terapung seperti berada di Laut Mati, sejuknya lain macam, badan pun sihat.”

Itu reaksi spontan Ikhwan Lutfan Amran, 13, ketika mandi di Lumpur Bebuak Kampung Meritam yang terletak lebih 40 kilometer dari pusat bandar.

Dia bersama rakannya Nazril Timbang, 9, begitu gembira berendam dalam lumpur sambil menunjukka­n aksi terjun tanpa mengendahk­an cuaca panas ketika itu.

“Memang seronok mandi lumpur ni, badan pun terasa segar dan sihat,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini, baru-baru ini.

Menurut Ikhwan, lumpur tersebut seolah-olah tidak berdasar dan apabila berada di dalam kawahnya pengunjung akan terapung.

Katanya, mandi lumpur di situ merupakan satu kewajipan bagi kanak-kanak di kampung itu.

Beliau berkata, cuti persekolah­an dimanfaatk­an dengan aktiviti mandi-manda di Lumpur Bebuak bersama rakan-rakan yang lain.

“Jika hujung minggu Sabtu dan Ahad atau cuti persekolah­an, kawasan ini seperti pesta lumpur kerana dipenuhi kanak-kanak dan pengunjung yang merasai ‘kesejukan’ mandi lumpur,” ujarnya.

Dia menambah, lumpur itu juga mempunyai khasiatnya tersendiri dan baik untuk merawat masalah kegatalan kulit.

Bagi Nazril, selain rasa sejuknya yang tersendiri mandi lumpur sangat berbeza dengan mandi biasa.

Memang seronok mandi lumpur ni, badan pun terasa segar dan sihat. Ikhwan Lutfan Amran

“Saya seronok dapat terjun, berenang dan mandi di lumpur bebuak ini.

“Badan pun berasa segar,” katanya.

Dengan rasanya agak masin dan teksturnya yang licin, lumpur bebuak sesuai untuk dilumur satu badan sebagai masker, selain menjadi terapi untuk menenangka­n minda.

Pada masa ini, terdapat lebih 40 kawah lumpur pelbagai saiz antara satu hingga dua meter di tapak tersebut yang cukup aktif.

Kawah bersaiz besar mampu menempatka­n 10 hingga 20 individu dalam satu-satu masa.

Lumpur Bebuak Kampung Meritam antara destinasi pelanconga­n luar bandar yang menggamit kehadiran pengunjung tempatan dan luar untuk menyaksika­n sendiri fenomena tanah yang sentiasa lecak tanpa mengira musim baik tengkujuh mahupun kemarau.

Tanah tersebut membentuk busut secara perlahanla­han sebelum meletus dan mengeluark­an bunyi seakanakan cecair likat yang sedang membuak-buak.

Sifatnya yang sering meletus dan menghasilk­an bunyi pelik menyebabka­n penduduk tempatan menggelar lumpur unik itu sebagai Lumpur Bebuak.

Keunikan tersebut menyebabka­n Kerajaan Sarawak melalui Majlis Daerah Limbang (MDL) membina beberapa kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi awam serta jambatan kayu untuk digunakan oleh pengunjung.

Kawasan itu juga diiktiraf sebagai antara destinasi pelanconga­n terkemuka di Limbang.

 ??  ?? SERONOK: Ikhwan (kanan) dan Nazril berendam dalam salah satu kawah di tapak Lumpur Bebuak Kampung Meritam.
SERONOK: Ikhwan (kanan) dan Nazril berendam dalam salah satu kawah di tapak Lumpur Bebuak Kampung Meritam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia