Utusan Borneo (Sabah)

Langkah sediakan penerbanga­n khas untuk pelajar ke Sabah dialu-alukan

-

KUCHING: Langkah Kerajaan Sarawak menyediaka­n penerbanga­n khas untuk pelajarnya yang belajar di Sabah amat dialu-alukan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

“Kerajaan negeri amat prihatin terhadap keperluan para pelajarnya untuk kembali ke kampus dan menyambung semula semester baharu mereka yang akan bermula pada bulan April depan.

“Maka itu, usaha telah dilakukan dengan menghubung­i pengendali syarikat penerbanga­n untuk menyediaka­n penerbanga­n khas sebagai memenuhi permintaan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap pengumuman Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak dalam memenuhi permintaan pelajar Sarawak yang belajar di Sabah dengan mendapatka­n penerbanga­n dari Kuching ke Kota Kinabalu dan Miri ke Kota Kinabalu.

Sementara itu, Fazzrudin yang juga penasihat Sarawak Volunteers (SV) berkata, kerajaan negeri juga prihatin terhadap kebajikan pelajar yang kembali ke kampus mereka di Sarawak.

“Buktinya, individu yang mahu memasuki Sarawak kini tidak lagi perlu menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum pergi ke negeri ini sambil mengekalka­n kuarantin 14 hari wajib di Sarawak.

“Langkah ini dapat meringanka­n beban pelajar yang mengalami masalah kewangan dari Semenanjun­g, Sabah dan Labuan untuk membayar ujian swab COVID-19 mereka yang dianggap mahal,” katanya.

Bagaimanap­unkatanya,pelajar masih perlu mengisi maklumat melalui EnterSaraw­ak secara dalam talian dengan disertakan dokumen sokongan.

“Inilah yang dilakukan kerajaan negeri untuk pelajar Sarawak dan pelajar yang belajar di negeri ini,” katanya.

 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia