Utusan Borneo (Sabah)

Ahli akademik, graduan Swinburne diiktiraf sempena Hari Wanita Antarabang­sa 2021

-

KUCHING: Ketua Sekolah Reka Bentuk dan Seni dan graduan reka bentuk multimedia Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) merupakan antara tujuh wanita yang menerima anugerah daripada Kerajaan Sarawak sempena sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2021 Sarawak baru-baru ini.

Menurut kenyataan medianya semalam, Profesor Madya Dr Ida Fatimawati Adi Badiozaman dan Joanne Lai Ing Jing merupakan penerima Anugerah Pengiktira­fan Khas untuk sumbangan mereka, masing-masing dalam bidang pendidikan dan pembuatan filem.

Mengulas mengenai anugerah tersebut, Dr Ida berkata ia merupakan pengiktira­fan bagi warga pendidik yang memainkan peranan penting dalam masyarakat.

“Sistem pendidikan yang saksama mampu membangunk­an golongan wanita berilmu dan berkemahir­an sekali gus menjadikan mereka ahli masyarakat yang produktif.

“Justeru, saya fokus kepada isu kesamarata­an dan akses melalui ajaran, latihan dan penyelidik­an saya, kerana kesamarata­an bermakna pengagihan sumber ekonomi, sosial dan politik yang tidak dikekang oleh umur, jantina, bangsa, etnik, keupayaan atau pendapatan,” ujar Dr Ida dalam kenyataan tersebut.

Sebagai pemenang anugerah ‘2020 UN Women Malaysia

Women’s Empowermen­t Principles (WEPs) Award for the Community and Industry Engagement Category’, Dr Ida berkata salah satu cabaran paling besar dihadapi kaum wanita adalah kurangnya perwakilan wanita dalam pelbagai sektor.

“Cabaran sebegini akan meningkatk­an lagi isu diskrimina­si, stereotaip, peminggira­n dan kemiskinan.

“Oleh itu, adalah penting bagi suara wanita diwakili di mana-mana sektor agar kita tidak terus membina masyarakat dari sudut pandangan kaum lelaki sahaja,” tambah beliau.

Sementara itu, Lai pula bangga dengan pengiktira­fan diberi kerajaan negeri kerana ia membuktika­n bahawa sebagai wanita yang menceburi bidang yang didominasi oleh lelaki, kerja-kerja beliau diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

“Dalam industri perfileman, persepsi umumnya adalah wanita dilihat sebagai terlalu lembut atau kurang berupaya dari segi saiz badan dan kekuatan.

“Sehubungan itu, saya sangat menghargai sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh rakan-rakan produksi. Kepada semua wanita di luar sana, percaya kepada diri sendiri dan yang lebih penting, jangan takut untuk mencuba,” ujar Lai.

Pada Disember tahun lepas, Lai menempa nama di peringkat antarabang­sa buat pertama kalinya di

Internatio­nal Thai Film Festival 2020 (ITFF 2020) Film & Entertainm­ent Industry Awards.

Lai yang kini bertugas dengan Sarawak Media Group (SMG) dicalonkan bersama penyertaan dari Thailand, Vietnam, Jepun, China, Sepanyol, Brazil, Bulgaria, Amerika Syarikat dan negara-negara lain untuk video muzik bertajuk ‘My Life (Melissa Francis)’.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari www. swinburne.edu.my, laman Facebook (@swinburnes­arawak), Instagram (@ swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Dr Ida dan Lai bersama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.
PENGIKTIRA­FAN: Dr Ida dan Lai bersama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia