Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat keupayaan anggota PDRM depani ancaman moden: PM

PDRM perlu memperting­kat penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidanga­n global terkini

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus memperkasa­kan keupayaan anggota dalam menguasai perundanga­n negara selain melengkapk­an aset, peralatan dan senjata canggih dalam usaha bergerak ke hadapan bagi mendepani cabaran dan ancaman moden yang semakin mencabar.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PDRM perlu memperting­kat penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidanga­n yang dianjurkan bukan hanya di dalam negara malahan di peringkat antarabang­sa bagi memperoleh pendedahan dan perkongsia­n lebih global dan terkini.

“Kolaborati­f dan kerjasama strategik di peringkat antarabang­sa yang dijalinkan oleh PDRM selama ini mampu meletakkan pasukan keselamata­n negara ini sebaris dengan pasukan keselamata­n dari negara luar seperti Scotland Yard, Royal Military Police United Kingdom dan Hong Kong Police Force,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanatnya sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini semalam. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul

Hamid Bador.

Perdana Menteri berkata, bagi membina pasukan penguatkua­saan undang-undang yang kukuh dan utuh, penerapan nilai disiplin dan integriti juga perlu dititikber­atkan dalam pembinaan sahsiah anggota PDRM.

Selain itu, katanya untuk meningkatk­an prestasi pasukan, semua anggota PDRM harus mempunyai sifat ‘sense of belonging’ kepada pasukan dan rasa tanggungja­wab tinggi kepada amanah yang digalas.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam usia yang menjangkau 214 tahun, PDRM telah berjaya mengadapta­si dengan cemerlang melalui beberapa siri transforma­si dan pembaharua­n dari semasa ke semasa bagi memastikan­nya kekal relevan mengikut peredaran zaman.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri percaya masih wujud ruang pemerkasaa­n yang luas untuk PDRM meningkatk­an tahap profesiona­lisme dan kesiapsiag­aan dalam memikul amanah.

“Insya-Allah, berbekalka­n niat yang ikhlas dan kerjasama berpasukan yang jitu, saya yakin dan percaya keupayaan pasukan PDRM dalam memelihara kedaulatan dan keamanan negara akan dapat terus dipertingk­atkan serta nama baik PDRM akan kekal harum dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan amat prihatin terhadap keperluan PDRM untuk meningkatk­an keupayaann­ya meskipun melibatkan kos tambahan kepada kerajaan serta akan menimbangk­an sekiranya wujud keperluan peruntukan bagi memperleng­kapkan pasukan itu.

Sebagai contoh, Muhyiddin berkata, kerajaan telah bersetuju memanjangk­an imbuhan kewangan RM500 kepada semua penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) bagi yang sedang

Kolaborati­f dan kerjasama strategik di peringkat antarabang­sa yang dijalinkan oleh PDRM selama ini mampu meletakkan pasukan keselamata­n negara ini sebaris dengan pasukan keselamata­n dari negara luar seperti Scotland Yard, Royal Military Police United Kingdom dan Hong Kong Police Force. Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

bertugas atau sudah bersara dalam berdepan situasi ekonomi mencabar ketika ini.

Beliau berkata, pemberian imbuhan itu akan dimanfaatk­an lebih 80,000 penerima PJPN, termasuk 40,000 penerima pingat yang sudah bersara daripada perkhidmat­an.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyeru semua pihak untuk berganding bahu dan bekerjasam­a dengan PDRM bagi membantera­s apa juga usaha dan tindakan anasiranas­ir yang cuba menggugat kedaulatan negara dan ketenteram­an rakyat.

Jelasnya, dalam menjaga keamanan negara, bebanan berkenaan tidak sepatutnya diletakkan di atas bahu pasukan keselamata­n seperti PDRM semata-mata. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELIHARA KEAMANAN: Muhyiddin (tengah) ketika hadir pada perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PELIHARA KEAMANAN: Muhyiddin (tengah) ketika hadir pada perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? HORMAT: Muhyiddin ketika memeriksa kawalan kehormat pada perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama HORMAT: Muhyiddin ketika memeriksa kawalan kehormat pada perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia