Utusan Borneo (Sabah)

AKSEM di bawah PDRM mampu sekat penceroboh­an lebih efisien: Muhyiddin

-

KUALA LUMPUR: Langkah meletakkan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) di bawah tanggungja­wab Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menyekat penceroboh­an masuk warga asing ke dalam negara dengan lebih berkesan dan efisien, terutama ketika penularan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu bertujuan menstruktu­r semula dan memperkasa­kan strategi kawalan sempadan negara secara holistik bagi memastikan kedaulatan dan keselamata­n rakyat kekal terpelihar­a.

“Bagi membantera­s aktiviti jenayah rentas sempadan, kerajaan baru-baru ini telah bersetuju untuk meletakkan AKSEM di bawah tanggungja­wab PDRM,” katanya dalam amanatnya sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini semalam.

Beliau berkata, menerusi Akta Agensi Kawalan Sempadan

Malaysia 2017, AKSEM adalah agensi di bawah Kementeria­n Dalam Negeri yang melaksanak­an kawalan di sempadan darat negara terhadap kegiatan penyeludup­an atau kegiatan tidak sah yang lain.

Sebelum ini, keanggotaa­n AKSEM melibatkan lima agensi sedia ada iaitu PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, dan peranan AKSEM kini diletakkan di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA).

Dalam ucapannya, perdana menteri turut mengucapka­n syabas kepada PDRM bersama agensi dan jabatan kerajaan lain yang telah mengawal sempadan negara daripada dibolosi warga asing dalam beberapa operasi berterusan seperti Ops Pasir dan Ops Benteng.

Beliau berkata lebih membanggak­an, walaupun hampir seluruh kekuatan telah dikerahkan untuk penugasan

Ops COVID-19, PDRM tetap berjaya mengimbang­i keutamaan perkhidmat­an pasukan memerangi jenayah serta mengekalka­n rasa selamat dalam kalangan rakyat sekali gus memastikan keamanan negara.

“Mereka adalah antara ‘the real frontliner­s’ (barisan hadapan yang sebenar) yang telah bertungkus lumus mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah penjenayah atau orang tidak bertanggun­gjawab, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembelian kamera badan untuk kegunaan anggota polis.

Katanya, dengan penggunaan kamera badan berteknolo­gi tinggi dan canggih, beliau percaya moral dan keyakinan anggota PDRM dapat dipertingk­atkan semasa melakukan operasi dan penugasan yang telah ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia