Utusan Borneo (Sabah)

BeONE Network Sdn Bhd lancar pusat pertama di Malaysia

-

KUCHING: BeONE Network Sdn Bhd, merupakan syarikat terbaharu dalam industri telekomuni­kasi di Malaysia.

Ia merupakan produk yang dicipta dengan kerjasama RedONE Network Sdn Bhd yang juga merupakan antara syarikat MVNO terbesar di Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada Mac 2020 dan dilancarka­n pada Januari 2021, BeONE memberikan servis telekomuni­kasi untuk Internet, panggilan dan juga sistem pesanan ringkas (sms).

BeONE ingin memberikan servis kepada seluruh pengguna di Malaysia termasuk individu bukan warganegar­a.

Dengan harga yang paling murah di pasaran, hanya untuk RM10, pengguna boleh nikmati panggilan percuma tanpa sekatan, Internet untuk aplikasi sosial dan juga Internet untuk aplikasi video.

BeONE telah pun melancarka­n pusat pertamanya di

Seremban 2 yang dihadiri badan eksekutif RedONE Network Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Farid Yunus, Ketua Pegawai Pemasaran Ben Teh dan Ketua Pegawai Operasi Tee Yew Yau.

Ia merupakan antara 54 pusat di seluruh Malaysia yang akan dilancarka­n di seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

Sejak pelancaran BeONE pada Januari 2021, BeONE telah rekrut sebanyak 5000 ‘Sales Executive’ dan 20,000 pengguna pelan RM10 ‘Kuasa 10’.

Dengan pelan ini, pengguna dapat panggilan percuma, 1GB data pantas dan 10GB data asas.

BeONE Prepaid juga mempunyai program usahawan telcoprene­ur di mana sesiapa sahaja boleh menjadi BeONE Sales Eksekutif dengan hanya RM50.

Mereka akan dapat lima sim kad, kredit bernilai sebanyak RM10, E-Wallet ID dan juga ID Sales Eksekutif.

Menurut Ketua Pegawai

Eksekutif BeONE Nazri Saad, “Pandemik COVID-19 memberi impak yang sangat ketara kepada rakyat Malaysia dari segi aspek sosioekono­mi.

“BeONE punya misi untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi usahawan telcoprene­ur melalui program BeONE Sales Executive berkonsepk­an ‘Revenue Sharing’.

“BeONE Prepaid menawarkan harga yang sangat berpatutan di mana pelajar universiti dan sekolah juga boleh menikmati pelan-pelan kami,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenaipe­lanBeONEPr­epaid dan program keusahawan­an BeONE Sales Eksekutif, sila layari www.beone.com.my.

 ??  ?? BeONE TERKINI DI PASARAN: Pengasas BeONE (dari kiri), Nazri Saad, Amar Rahman (COO), Shahrol Nizam (CDO) dan Nazrin Zariff (CSO).
BeONE TERKINI DI PASARAN: Pengasas BeONE (dari kiri), Nazri Saad, Amar Rahman (COO), Shahrol Nizam (CDO) dan Nazrin Zariff (CSO).
 ??  ?? JADI USAHAWAN: Kad sim prabayar BeONE Infinity.
JADI USAHAWAN: Kad sim prabayar BeONE Infinity.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia