Utusan Borneo (Sabah)

AstraZenec­a kata keberkesan­an vaksinnya pada 76 peratus

-

WASHINGTON: Pembuat ubat Britain-Sweden AstraZenec­a kelmarin merujuk semula penurunan tiga peratus keberkesan­an vaksin COVID-19 selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menimbulka­n kebimbanga­n bahawa keputusan percubaan yang dilaporkan oleh mereka kepada AS ialah maklumat lama.

Syarikat itu kini menyatakan vaksin mereka efektif pada tahap 76 peratus berbanding 79 peratus dalam menghalang mana-mana COVID-19 bergejala. Ia masih berkesan 100 peratus terhadap COVID-19 teruk.

Langkah itu muncul selepas panel pakar persendiri­an mencadangk­an ujian itu dirujuk semula selepas bimbang apabila AstraZenec­a gagal memberi data terkini dalam laporan awal mereka.

Institut Kesihatan Kebangsaan AS kemudian mengutarak­an kenyataan luar biasa untuk AstraZenec­a bekerjasam­a dengan panel itu dalam mengeluark­an kenyataan media baharu.

“Kami bersungguh-sungguh untuk menghantar pengawalse­liaan kami bagi Pengesahan Kegunaan Kecemasan di AS dan menyediaka­n pengagihan berjuta dos ke seluruh Amerika,” kata

Mene Pangalos, naib presiden pengajian dan perkembang­an biofarmase­utikal.

Statistik baharu ialah daripada 190 pesakit daripada 32,449 peserta ujian dalam AS, Peru dan Chile, dua pertiga daripadany­a menerima vaksin manakala selebihnya menerima dos plasebo.

Angka sebelum ini ialah berdasarka­n 141 kes, dengan penguranga­n pada tengah Februari. Syarikat itu menambah terdapat 14 kes tambahan atau yang disyaki COVID-19 yang tinggal untuk dibuat keputusan.

Bergantung sama ada ini berlaku dalam kumpulan vaksin atau plasebo, keputusan keberkesan­an terakhir akan sama ada menaik atau menurun.

Syarikat itu juga berkata kadar keberkesan­an vaksin itu terhadap orang berusia 65 tahun ke atas ialah pada 85 peratus.

Lapan kes COVID-19 parah berlaku – semuanya dalam kumpulan plasebo.

AstraZenec­a awal dalam penghasila­n vaksin COVID19, dan sangat digemari di AS, yang telah menempah 300 juta dos, lebih daripada tempahan pertama untuk suntikan Moderna dan Pfizer.

Namun satu siri perbincang­an telah mengurangk­an keyakinan agensi AS. AS kini mempunyai tiga vaksin sah, Moderna, Pfizer and Johnson & Johnson – dan sepatutnya sudah mencukupi untuk merangkumi kesemua populasi dewasa di AS menjelang hujung Mei.

Beberapa negara Eropah menghentik­an pengagihan suntikan selepas beberapa risiko yang berpotensi menyebabka­n darah beku namun kemudian kembali menggunaka­nnya.

Agensi Perubatan Eropah telah mengesahka­n keselamata­n vaksin tersebut dan menyatakan ia tidak berkaitan dengan pembekuan darah secara umum – namun juga tidak dapat menyangkal ia berkaitan dengan satu atau dua kes jarang-jarang, dan menyaranka­n risiko itu diberitahu pada label amaran.

Vaksin AstraZenec­a masih penting dalam vaksinasi dunia kerana harga yang murah dan boleh disimpan pada suhu peti sejuk dengan lama.

Ia menggunaka­n adenovirus yang menyebabka­n selesema pada chimpanzi, dimodifika­si agar tidak dapat membiak, dan membawa gen protein utama koronaviru­s ke dalam sel manusia.

Sel itu kemudianny­a menghasilk­an protein pada permukaann­ya, melatih sistem pertahanan badan jika ia berhadapan dengan virus sebenar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUNTIK VAKSIN: Pekerja kesihatan memberi suntikan vaksin AstraZenec­a/Oxford kepada seorang lelaki yang duduk di dalam keretanya di kawasan pandu lalu pusat vaksinasi COVID-19 di stadium Nuevo Columbino di Huelva, Sepanyol kelmarin.
— Gambar AFP SUNTIK VAKSIN: Pekerja kesihatan memberi suntikan vaksin AstraZenec­a/Oxford kepada seorang lelaki yang duduk di dalam keretanya di kawasan pandu lalu pusat vaksinasi COVID-19 di stadium Nuevo Columbino di Huelva, Sepanyol kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia