Utusan Borneo (Sabah)

Biden arah Harris tangani kemasukan imigran di sempadan Mexico-AS

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kelmarin mengarahka­n Naib Presiden Kamala Harris untuk menangani kemasukan imigran di sempadan Mexico, dengan tujuan untuk mengambil alih situasi yang telah menyemarak­kan kritikan pihak lawan terhadap pentadbira­n baharu itu.

“Bagi saya tiada sesiapa yang lebih layak untuk melakukan tugas ini,” kata Biden dalam mesyuarat di Rumah Putih bersama Harris dan pegawai atasan lain selepas ribuan lari daripada kekejaman dan kemiskinan di Amerika Tengah.

“Apabila beliau berbicara, beliau mewakili saya. Saya akan memberi kamu tugas yang sukar,” tambah Biden.

Harris mengulas “tidak dapat dinafikan ini ialah situasi yang mencabar.”

Ini menandakan kali pertama Biden memberi tugas khas kepada Harris, yang dilihat sebagai mewakili generasi muda dalam parti Demokratik dan sentiasa berada di sisi Biden sejak mereka mengambil alih kuasa pada 20 Januari.

Pentadbira­n juga mengumumka­n bahawa Pusat Konvensyen San Diego akan menjadi tempat perlindung­an terbaru untuk imigran kanak-kanak yang meningkat dan telah mengerahka­n pasukan untuk memantau penempatan yang sudah ada di Texas.

Pusat konvensyen itu akan menempatka­n seramai 1,400 kanak-kanak, kata wakil Pejabat Penempatan Semula Pelarian.

Dalam tanda untuk mengalih fokus negara, pusat San Diego itu baru-baru ini telah dijadikan lokasi perlindung­an gelandanga­n daripada COVID-19 yang mengamalka­n penjarakan sosial antara katil.

Harris mengakui AS perlu mempercepa­tkan proses pengendali­an tempat perlindung­an imigran dan memberi penjagaan yang lebih baik untuk mereka.

Namun menurut beliau, pentadbira­n dan pihak dalam pejabat dalam masa kurang daripada 100 hari perlu membaiki struktur yang diranapkan oleh bekas presiden Donald Trump, yang membangkit­kan kuasa agresif dalam agenda antiimigre­sen.

“Kami perlu membaikiny­a semula. Ia tidak mungkin berlaku semalaman,” kata Harris tentang sistem imigresen.

Beliau juga berjanji untuk berusaha lebih dalam menampilka­n “punca sebenar” dalam situasi sempadan itu – membantu Segi Tiga Utara Guatemala, Honduras, dan Nicaragua supaya rakyat mereka tidak perlu lari.

The Washington Post, dalam analisis data, menunjukka­n tiada kenaikan dalam jumlah imigran yang memasuki AS, dan statistik kini kekal sama dengan kebiasaan sebelum pandemik.

Kebanyakan imigran terdiri daripada kanak-kanak, dan kemasukan beramairam­ai di sempadan telah membuka jalan kepada Republikan untuk menyerang Biden, yang dalam minggu pertama telah berjaya mengotakan janji untuk meningkatk­an pemvaksina­n COVID-19 dan mengagihka­n pakej rangsangan ekonomi yang melegakan kebanyakan rakyat AS. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MAHU BERHIJRAH: Seorang kanak-kanak perempuan menunjukka­n pasport AS semasa menyertai demonstras­i imigran dan pencari suaka di pusat lintasan San Ysidro untuk meminta pihak berkuasa AS membenarka­n mereka memulakan proses penghijrah­an di Tijuana, negeri Baja California, Mexico pada Selasa lepas.
— Gambar AFP MAHU BERHIJRAH: Seorang kanak-kanak perempuan menunjukka­n pasport AS semasa menyertai demonstras­i imigran dan pencari suaka di pusat lintasan San Ysidro untuk meminta pihak berkuasa AS membenarka­n mereka memulakan proses penghijrah­an di Tijuana, negeri Baja California, Mexico pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia