Utusan Borneo (Sabah)

Institusi PDRM kekal ampuh sebagai agensi penguat kuasa tertua

PDRM sentiasa bersedia memikul tanggungja­wab dan amanah dalam menjaga keselamata­n dan ketenteram­an awam: KPN

-

“Keadaan keselamata­n negara pada umumnya adalah baik dan terkawal dan PDRM kekal komited dengan peranan dan tanggungja­wabnya. Tan Sri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal ampuh sebagai agensi penguat kuasa tertua dan terulung negara serta sentiasa bersedia memikul tanggungja­wab dan amanah dalam menjaga keselamata­n dan ketenteram­an awam.

Itulah yang dinyatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam ucapannya sempena Perbarisan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

“Undang-undang negara ini mesti didaulatka­n tanpa kompromi, jika ini dapat dilaksanak­an, negara akan menerima manfaatnya.

“Keadaan keselamata­n negara pada umumnya adalah baik dan terkawal dan PDRM kekal komited dengan peranan dan tanggungja­wabnya,” katanya.

Perutusan Ketua Polis Negara itu dibacakan setiap Ketua Polis Negeri di seluruh negara pada sambutan di peringkat kontinjen masingmasi­ng.

Ketika negara masih berdepan dengan ancaman wabak COVID-19, sambutan Peringatan Hari Polis di seluruh negara dijalankan secara sederhana dalam suasana harmoni dengan norma baharu dan mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Biarpun dalam norma baharu, sambutan di Pulapol Kuala Lumpur tetap berlangsun­g dengan penuh istiadat polis selain lintas hormat tiga helikopter PDRM yang membawa bendera Jalur Gemilang dan Sang Saka Biru.

Tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ sekali lagi diangkat kerana ia membawa makna cukup signifikan dalam hubungan polis dan masyarakat demi mewujudkan suasana harmoni dalam negara.

Perasmian sambutan Hari Polis ke-214 itu disempurna­kan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebaik tiba di Padang Kawad Pulapol Kuala Lumpur, pada kira-kira jam 8.30 pagi menerima Hormat Perdana daripada Kawalan Kehormatan Utama.

Perdana Menteri diiringi Ketua Polis Negara kemudianny­a memeriksa perbarisan menggunaka­n kenderaan istiadat PDRM, diikuti lintas hormat kawalan kehormatan dan panji-panji utama.

Sambutan Hari Polis kali ini turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Pandemik COVID-19 yang membataska­n pergerakan masyarakat berikutan penguatkua­saan PKP di seluruh negara bagaimanap­un dilihat menjadi penyumbang kepada penurunan kadar jenayah di beberapa negeri.

Antaranya, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang masing-masing mencatatka­n penurunan kes sebanyak 27 peratus tahun lepas disebabkan kawalan lebih ketat serta pemantauan berterusan polis terutama ketika PKP.

“Sebanyak 3,853 kes direkodkan pada tahun lepas berbanding 5,274 pada tahun 2019 iaitu penurunan 1,421 kes,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Di TERENGGANU pula, Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berkata jumlah kes jenayah yang direkodkan di negeri itu pada tiga bulan pertama tahun ini menurun hampir 20 peratus iaitu sebanyak 358 kes jenayah direkodkan berbanding 433 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Sambutan di KELANTAN menyaksika­n Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat menyempurn­akan majlis pemakaian pangkat kepada 10 anggota yang dinaikkan pangkat dan sijil penghargaa­n kepada 20 pengamal media daripada pelbagai agensi berita.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, majlis penyampaia­n sijil penghargaa­n sempena Hari Polis turut diadakan dan di PAHANG, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi di Bentong Sjn Mej Maznan Omar menerima Anugerah

Khas Ketua Polis Pahang bagi Polis Kontinjen negeri itu sebagai penghargaa­n atas keberanian­nya menyelamat­kan remaja perempuan berusia 16 tahun yang cuba membunuh diri pada 16 Mac lepas.

Maznan yang menyertai pasukan beruniform itu sejak 1986 menerima surat penghargaa­n dan wang tunai RM2,000 daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut menerima Anugerah Khas Ketua Polis Pahang ialah pesara polis berusia 110 tahun, Kpl Ariffin Mat Deris sebagai penghargaa­n kepada jasa beliau dalam ‘tiga era’ iaitu pemerintah­an British, Jepun dan Komunis.

Di PERAK, seramai 32 warga PDRM menerima surat penghargaa­n dan bekas komando VAT 69, Sjn Mej (Bersara) Sakrani Hashim yang cedera semasa Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 2013 pula menerima sumbangan Tabung Kebajikan PDRM berjumlah RM5,000 yang disampaika­n Ketua Polis Negeri Datuk Mior Faridalath­rash Wahid.

Di LABUAN, sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 disambut sederhana dengan diketuai pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani tanpa kehadiran orang kenamaan, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan dan ketuaketua komuniti.

Di SARAWAK, Pesuruhjay­a Polis negeri Datuk Aidi Ismail menzahirka­n ucapan terima kasih kepada pegawai dan anggota polis kerana tanpa penat telah berkhidmat terutamany­a dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 sejak tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Abdul Hamid ketika berucap pada hari perbarisan sempena sambutan peringatan hari Polis ke-214 tahun 2021 di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Abdul Hamid ketika berucap pada hari perbarisan sempena sambutan peringatan hari Polis ke-214 tahun 2021 di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia