Utusan Borneo (Sabah)

Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu berhubung kes ‘Datuk Seri Nicky’

-

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang mengesan seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya bagi membantu siasatan kes berkaitan pengubahan wang haram dan jenayah komersial di negeri itu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki yang diburu itu dikenali sebagai Md Azar Izwan Mohd Arifin @ Datuk A. Janus, 42, dan beralamat terakhir di Puchong, Selangor.

Beliau berkata, lelaki terbabit merupakan individu penting dalam kegiatan sindiket penipuan selain mempunyai kaitan dengan kes Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.

“Bekas Timbalan Pendakwa Raya itu telah menamatkan perkhidmat­an dan dipercayai sudah melarikan diri. Individu atau ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan beliau, sila berhubung dengan ASP V. Prakash di talian 0125209767,” katanya pada sidang media selepas majlis perbarisan sempena sambutan Hari Polis ke-214 di sini semalam.

Ayob Khan berkata, sehingga kini, seramai 92 individu yang mempunyai kaitan dengan sindiket berkaitan ‘Datuk Seri Nicky’ berjaya ditahan di Puchong barubaru ini.

Menurutnya, pihaknya yakin ada individu lagi yang akan diberkas dalam masa terdekat ini.

“Daripada 92 individu yang ditahan itu, 40 daripadany­a ditahan mengikut Sosma (Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012) dan bakinya kita buat tapisan, sama ada mereka terlibat atau tidak terlibat secara langsung sebelum dibebaskan,” katanya.

Ahad lepas, Polis Johor mengedarka­n butiran dan gambar ‘Datuk Seri Nicky’ yang merupakan pengasas Winner Dynasty Group, yang diburu selepas dipercayai terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial di negeri ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Ayob Khan (tiga kiri) menyampaik­an pingat dan sijil penghargaa­n kepada anjing baka German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Kontinjen Johor, bernama Mailo melalui jurulatih anjing itu Carlvin Bin Maluni pada Majlis Perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru semalam. Pemberian pingat itu sebagai penghargaa­n susulan kejayaan anjing itu mengesan mayat dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk pengesanan mayat wanita yang dibunuh suaminya di Kota Tinggi, awal Mac lalu.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Ayob Khan (tiga kiri) menyampaik­an pingat dan sijil penghargaa­n kepada anjing baka German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Kontinjen Johor, bernama Mailo melalui jurulatih anjing itu Carlvin Bin Maluni pada Majlis Perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru semalam. Pemberian pingat itu sebagai penghargaa­n susulan kejayaan anjing itu mengesan mayat dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk pengesanan mayat wanita yang dibunuh suaminya di Kota Tinggi, awal Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia