Utusan Borneo (Sabah)

Jadilah penyedia perkhidmat­an dalam aplikasi SARA-X

Peniaga bukan sahaja boleh memohon sebagai francaisi tetapi mendapat skim Pakej Pinjaman Mikro Francais

- Oleh Jessica Jawing

“Pada kali ini Centexs Commercial bekerjasam­a dengan Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Allunique (sebuah syarikat kesihatan kecantikan) bersama SARA-X. Shahren Yusri Pengurus Besar Centexs Commercial

KUCHING: Centexs Commercial kini mempelawa lebih ramai warga Sarawak khasnya yang berminat dalam perniagaan francais memohon menjadi penyedia perkhidmat­an dalam aplikasi SARA-X.

Pengurus Besar Centexs Commercial Shahren Yusri berkata, dengan menjadi penyedia perkhidmat­an berdaftar dalam SARA-X, peniaga bukan sahaja boleh memohon sebagai francaisi tetapi mendapat skim Pakej Pinjaman Mikro Francais.

“Pada kali ini Centexs Commercial bekerjasam­a dengan Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Allunique (sebuah syarikat kesihatan kecantikan) bersama SARA-X.

“Perkongsia­n ini memperkena­lkan bantuan pakej pinjaman untuk francais mikro terutama bakal usahawan yang berminat menceburi perniagaan francais menerusi Skim Pembiayaan Mikro yang menawarkan dana hingga RM20,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena kerjasama antara Centexs Commercial menerusi SARA-X dan Allunique di Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di sini semalam.

Shahren berkata, dengan itu mereka yang menjadi pemegang francais di bawah Allunique, peniaga atau usahawan berkenaan layak mendapat Pakej

Francais Mikro RM20,000 merangkumi yuran francais, peralatan dan inventori.

Katanya, antara kriteria permohonan skim francais berkenaan berumur 21 tahun ke atas, permohonan menerusi syarikat berdaftar (Sendirian Berhad) serta berdaftar di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Namun kata beliau individu yang berminat mesti terlebih dahulu didaftarka­n sebagai penyedia SARA-X sebelum menjadi francaisi di bawah Allunique dan memohon kepada PNB.

Aplikasi telefon pintar SARA-X yang kini giat dipasarkan memudahkan pengguna mendapatka­n khidmat pekerja-pekerja mahir dengan segera seperti perkhidmat­an memotong rumput, membaiki pendingin hawa dan dandanan termasuk khidmat profesiona­l yang bakal ditawarkan pada masa depan.

“Sejak dilancarka­n pada November tahun lepas, SARA-X kini mempunyai 262 penyedia yang menawarkan 15 perkhidmat­an.

“Sementara 855 pengguna SARA-X di sekitar Kuching, Samarahan dan Lundu kerana buat masa ini, ia hanya menumpukan tiga kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau dengan itu juga mempelawa lebih ramai masyarakat Sarawak untuk memohon penyedia perkhidmat­an di SARA-X.

“Dengan lebih ramai penyedia pada masa akan datang, maka lebih banyak perkhidmat­an dan khidmat profesiona­l yang ditawarkan,” katanya.

Jelasnya, selain almuni dan pelajar CENTEXS, pihaknya juga mengalu-alukan orang awam membuat permohonan.

“Misalnya daripada 262 penyedia perkhidmat­an ini 10 daripadany­a adalah pelajar CENTEXS sementara selebihnya individu luar atau institut kemahiran lain,” katanya.

 ??  ?? REBUT PELUANG: Shahren (kanan) bersama yang lain menunjukka­n peralatan yang diberikan kepada mereka yang mahu menjadi francais Allunique.
REBUT PELUANG: Shahren (kanan) bersama yang lain menunjukka­n peralatan yang diberikan kepada mereka yang mahu menjadi francais Allunique.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia