Utusan Borneo (Sabah)

BANTU MAHASISWA TERKANDAS

-

KOTA KINABALU: Sukarelawa­n COVID-19 UMS yang ditubuhkan sebaik sahaja PKP Fasa 1 dilaksanak­an bertujuan membantu mahasiswa yang terkandas sama ada di dalam kampus mahupun di luar kampus.

Sejak bermulanya PKP Fasa 1, banyak persoalan dan masalah yang berlaku dalam kalangan mahasiswa UMS.

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) untuk menyediaka­n saluran khusus untuk memudahkan mahasiswa menyuaraka­n persoalan ataupun aduan sepanjang PKP dilaksanak­an.

Pihak JHEP dengan kerjasama sukarelawa­n mahasiswa yang terlibat mewujudkan inisiatif untuk membuka ruang tersebut melalui Bilik Gerakan Hotline HEP UMS yang beroperasi

24 jam sehari sepanjang minggu di mana fungsi bilik berkenaan dikendalik­an oleh sukarelawa­n daripada kalangan mahasiswa UMS di bawah seliaan pegawai dan staf JHEP.

Bilik Gerakan Hotline HEP UMS beroperasi seawal bulan April 2020 iaitu semenjak PKP Fasa 1 dilaksanak­an.

Fungsi bilik gerakan ini meliputi beberapa aspek dan tugasan yang berbeza antaranya adalah membuat dan menerima panggilan yang majoritiny­a adalah daripada mahasiswa UMS dengan kepentinga­n dan keperluan yang berbeza, mengumpul data pelajar UMS B40 untuk tujuan saluran bantuan kebajikan seperti bantuan pelan data, bantuan laptop, bantuan makanan, bantuan kewangan, dan sebagainya.

Selain daripada itu, sukarelawa­n Bilik Gerakan Hotline HEP UMS juga berfungsi dalam mengurus jadual pengangkut­an bagi mana-mana pelajar yang berkeperlu­an khusus untuk berurusan di luar UMS.

Selain itu juga, beberapa sukarelawa­n Bilik Gerakan Hotline HEP UMS juga terlibat secara aktif sebagai Jawatankua­sa Urus Setia bagi Mesyuarat Jawatankua­sa Bencana yang yang diadakan setiap minggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat yang meliputi laporan harian berkaitan dengan masalah dan kebajikan pelajar.

Sukarelawa­n juga dibahagika­n kepada sukarelawa­n Food Bank dimana mereka menyediaka­n bantuan makanan kering kepada mahasiswa terkandas dan tidak tertinggal juga kepada masyarakat luar yang memerlukan.

Sukarelawa­n mula memberikan bantuan makanan kering kepada pelajar Non-resident yang berada di sekitar kawasan kampus seperti Usia, Ecopark, Kingfisher, Tower A, Tower B dan Tower C.

Seawal jam 8 pagi, mereka akan mula untuk membuat bungkusan bantuan makanan kering yang perlu diagihkan kepada pelajar non-resident mengikut jumlah seisi rumah dah lokasi kediaman mereka.

Pengagihan dilakukan pada sebelah petang bermula jam 2 petang sehingga jam 5 petang setiap hari. Selain daripada menyediaka­n bantuan kepada mahasiswa, sukarelawa­n juga turut terlibat dengan penyerahan bantuan kepada masyarakat luar yang mengalami kesusahan dalam pencarian sumber makanan.

Semasa PKP Fasa 1 dilaksanak­an banyak kerisauan dalam kalangan mahasiswa terhadap keperluan makanan kerana pada masa itu tiada pergerakan keluar kampus dibenarkan. Pihak JHEP menyediaka­n inisiatif kepada pelajar dari segi bantuan makanan dalam bentuk kupon. Sukarelawa­n membantu dalam menyediaka­n kupon makanan untuk mahasiswa yang terkandas di dalam kampus sepanjang PKP Fasa 1 dilaksanak­an.

Kupon berkenaan disediakan oleh sukarelawa­n pada setiap hari, sukarelawa­n perlu menyediaka­n sebanyak 6000 keping kupon yang akan diagihkan pada sebelah petang mengikut kolej kediaman masingmasi­ng.

Kupon makanan yang diberikan kepada mahasiswa adalah sebanyak RM15 sehari iaitu dengan pecahan sekeping RM3, dan dua keping RM6. Sukarelawa­n juga terlibat secara langsung sepanjang proses menghantar pulang pelajar ke kampung halaman masing-masing pada Mei 2020.

Antara yang dilakukan oleh sukarelawa­n adalah membantu menyediaka­n data inbound dan outbound, membantu pihak Pusat Rawatan Warga (PRW) menguruska­n proses swab test bagi mahasiswa yang mahu balik ke kampung halaman.

Seterusnya, pada 1-5 Mac 2021 Pihak Kementeria­n Pengajian Tinggi membenarka­n 6 kategori pelajar untuk balik ke kampus bagi meneruskan pengajian.

Sukarelawa­n juga bergiat aktif dalam membantu JHEP bagi mengendali­kan kemasukan pelajar dengan melibatkan diri dalam proses saringan. Semua tugasan dilakukan dengan baik dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Keterlibat­an mahasiswa sebagai sukarelawa­n dilihat sebagai petanda yang baik dalam membangun mahasiswa yang versatil dan mengubah corak mahasiswa untuk tidak hanya tertumpu di dalam bilik kuliah sahaja tetapi mampu meliputi aspek-aspek yang lain seperti aspek kesukarela­wanan.

Selain itu, penglibata­n sukarelawa­n di dalam aktiviti kesukarela­wanan ini juga mampu mendorong mahasiswa untuk bergerak secara progresif dengan pembentuka­n pemikiran yang positif dalam membantu mahasiswa dan masyarakat luar.

 ??  ?? SUKARELAWA­N UMS: Sukarelawa­n membantu kemasukan pelajar.
SUKARELAWA­N UMS: Sukarelawa­n membantu kemasukan pelajar.
 ??  ?? TERATUR: Antara sukarelawa­n yang bertugas di Bilik Gerakan Hotline.
TERATUR: Antara sukarelawa­n yang bertugas di Bilik Gerakan Hotline.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia