Utusan Borneo (Sabah)

KKTM anjur forum: Produktivi­ti Ala Genius 2021

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) sesi 2021/2022 mengadakan sebuah forum secara atas talian bertajuk Produktivi­ti Ala Genius.

Forum anjuran Exco Akademik JAKMAS KKTM sesi 2021/2022 itu menumpukan produktivi­ti seseorang mahsiswa yang genius sesuai dengan tajuk forum.

Pengarah program, Izyan Hamizan Izzuddin berharap para mahasiswa menjadikan pen dan kertas sebagai sahabat sepanjang forum sedang berlangsun­g untuk mencatat tips-tips daripada para panel.

Keadaan pandemik Covid19 yang membimbang­kan seluruh rakyat Malaysia memberi kesan yang mendalam terhadap cara hidup yang baharu atau lebih dikenali sebagai norma baharu.

Antara pihak yang terkesan akibat pandemik ini adalah golongan mahasiswa yang terpaksa mengurangk­an aktivitiak­tiviti yang memerlukan sua muka, tambahnya.

Namun begitu, hal ini tidak menjadi penghalang untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti forum. Dengan pengunaan teknologi yang ada, sesebuah forum dapat dijalankan secara atas talian dengan menggunaka­n aplikasi-aplikasi seperti Google Meet dan Cisco Webex. Medium penghubung ini dapat menghubung­kan semua pengguna internet tidak kira di mana sahaja.

Produktivi­ti seorang mahasiswa itu dinilai melalui pengurusan masa yang efisen serta memahami peranan yang dimainkan oleh seseorang mahasiswa.

Kedua-dua faktor ini memberi impak yang besar bukan sahaja keputusan peperiksaa­n seseorang mahsiswa itu malah turut mempengaru­hi mentaliti dan sudut pandang seseorang, katanya.

Forum ini diadakan di Cisco Webex kerana jumlah pendaftara­n yang agak ramai. Forum ini bertemakan ‘Dia Genius, Kita Juga Boleh’ kerana panel-panel dalam forum ini dihadiri oleh pelajarpel­ajar yang cemerlang dan boleh dikategori­kan sebagai genius.

Antaranya, Nur Atiqah Paturusi Binti Adam daripada University Canterbury, New Zealand , pelajar jurusan perakauana­n yang ditaja di bawah JPA-MARA. Panel yang kedua, Muhammad Fadli Alim Bin Arsani daripada University Of California, San Diego pelajar jurusan kejurutera­an elektrik tajaan MARA.

Panel ketiga , Shivendra A/L Ravi daripada UMS yang mengambil jurusan kedoktoran dan mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK), 3.96. Moderator bagi forum ini, Muhammad Imam Bin Azhar pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Forum ini terbuka kepada seluruh pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tetapi lebih bertumpu kepada penyertaan daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu sendiri.

Borang pendaftara­n untuk menyertai forum ini dibahagika­n kepada dua, iaitu kepada pelajar UMS dan luar UMS. Sebanyak 445 mahasiswa daripada UMS mendaftar dalam google form yang dihebahkan oleh JAKMAS dan sekretaria­tnya.

Statistik menunjukka­n pelajar tahun satu lebih tertarik untuk menyertai forum ini dengan mencatatka­n 71.5% atau bersamaan 318 pelajar.

Manakala pendaftara­n daripada luar UMS adalah sebanyak 39 jumlah pendaftara­n daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Perdana University, Multimedia University (MMU) dan sebagainya.

Seramai 484 peserta telah menyertai Forum: Produktivi­ti Ala Genius ini. Banyak maklumat, nasihat dan pandangan daripada barisan panel diberikan kepada para peserta.

Salah seorang peserta, Beatricell­y Anak Krani amat berpuas hati dengan input yang diperoleh dan membantu pembelajar­annya kelak.

Rumusan daripada jawapan para panel adalah memanfaatk­an masa yang ada dengan mengambil inisiatif untuk bangun awal pagi untuk mendapatka­n kelebihan masa yang lebih berbanding seseorang yang bangun lewat.

Hasil daripada maklum balas yang diedarkan kepada 484 mahasiswa yang hadir menyatakan bahawa forum ini membuka minda mereka mengenai teknik pembelajar­an dan pengurusan masa yang lebih efektif.

 ??  ?? GENIUS: Sesi bergambar bersama panel dan peserta.
GENIUS: Sesi bergambar bersama panel dan peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia