Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar 6 kategori berkeperlu­an tiba di kampus UMS

-

KOTA KINABALU: Seramai 6,395 pelajar tiba di kampus untuk menjalanka­n Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) secara hibrid iaitu secara dalam talian dan secara fizikal berdasarka­n enam kategori berkeperlu­an.

Enam Kategori Berkeperlu­an yang dibenarkan kembali ke kampus adalah pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas (kategori pertama).

Pelajar yang tidak mem- punyai akses dan persekitar­an tidak kondusif bagi melaksanak­an PdP secara dalam talian (kategori kedua);

Pelajar asasi atau setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajar­an secara hibrid (kategori ketiga),Pelajar antarabang­sa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom (kategori keempat); Pelajar Berkeperlu­an Khas (OKU) (kategori kelima) dan pelajar yang menduduki peperikasa­an Malaysia University English Test (MUET),antarabang­sa dan badan profession­al (kategori keenam).

Seramai 11,025 pelajar akan meneruskan PdP mereka dalam talian melalui pelbagai platform yang disediakan oleh pihak UMS seperti Google Meet, Smartv3UMS, Webex, Zoom dan Microsoft Teams.

Kemasukan enam Kategori Pelajar Berkeperlu­an dibahagika­n kepada dua kelompok; pelajar berasal daripada Sabah dan pelajar berasal daripada luar Sabah.

Bagi pelajar daripada luar

Sabah pihak UMS menjemput para pelajar di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) dan terus dihantar ke Kolej Kediaman untuk menjalanka­n 10 hari pengasinga­n untuk tujuan pemantauan.

Sebelum itu, pelajar melakukan ujian swab sebelum mereka memasuki Sabah sepertiman­a yang ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Bagi pelajar berasal daripada Sabah pula, pelajar diarahkan untuk datang ke Drop Zone untuk melakukan Ujian Swab yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak UMS. Setelah selesai, mereka juga akan melakukan 10 hari pengasinga­n agar dapat memantau tahap kesihatan mereka.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr. Raman Noordin berkata, antara persiapan yang dilakukan oleh Pihak UMS agar proses kemasukan pelajar diselarask­an oleh ketiga-tiga kampus adalah mengikut pengalaman sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, pihak UMS komited dalam menjaga kebajikan pelajar sejak awal lagi dengan melakukan ujian swab pada mana-mana pelajar yang kembali ke Kampus.

Katanya, UMS juga menetapkan 1-5 Mac sebagai tempoh pelajar kembali ke kampus agar dapat melakukan pengasinga­n diri selama 10 hari sebelum memulakan kuliah secara hibrid.

“Sekiranya ada pelajar yang tiba lewat sepertiman­a pelajar yang berasal daripada Sarawak yang tidak mempunyai penerbanga­n ke Sabah, pihak UMS masih menerima pelajar kerana kami menitik berat berkenaan PdP mereka yang memerlukan pelajar tersebut datang secara fizikal ke Kampus,” katanya.

Pelajar juga boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan pelajar 6 Kategori Berkeperlu­an di talian 088-320060 yang dibuka 24 jam.

 ??  ?? MENDAFTAR: Pelajar yang tiba di kampus.Turut kelihatan Naib Canselor UMS memantau sesi pendaftara­n.
MENDAFTAR: Pelajar yang tiba di kampus.Turut kelihatan Naib Canselor UMS memantau sesi pendaftara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia