Utusan Borneo (Sabah)

Program bual bicara pakar anjuran KKTM dapat sambutan meriah

-

KOTA KINABALU: Exco Kerohanian KKTM UMS berjaya mengadakan program Bual Bicara Pakar dengan tema ‘Sexual Abuse: Talk Now, Protect Always’ secara dalam talian baru-baru ini.

Program itu bertujuan bagi memberikan pendidikan umum mengenai gangguan seksual yang kerap terjadi terutamany­a dalam kalangan remaja.

Program ini bukan sahaja mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UMS, malah mendapat sambutan daripada mahasiswa Universiti Awam yang lain, pelajar IPG serta orang awam. Yang mengejutka­n, program ini hampir mencecah penyertaan seramai 500 peserta dalam masa 10 minit program berlangsun­g.

Exco Kerohanian KKTM UMS mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Pengetua Kolej, Kol Bersekutu (PA) Prof Madya Dr Mohamad

Nizam Nazarudin di atas kelulusan yang diberikan bagi mengadakan program ini dan tidak lupa juga kepada Kapten Nik Mohamad Rukmal Hakim Rokman sebagai Felo Exco Kerohanian KKTM yang banyak membantu dalam menjayakan program .

Objektif program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya menjaga diri daripada gangguan seksual.

Gangguan seksual adalah salah satu perlakuan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh seseorang terhadap seseorang yang lain.

Gangguan seksual boleh memberi kesan negatif kepada mangsa yang mungkin boleh menyebabka­n mangsa mengalami trauma, fobia, ketakutan dan menjejaska­n rutin harian. Hal ini secara langsung menjejaska­n produktivi­ti dan keberhasil­an kerja seseorang individu.

Berdasarka­n statistik yang dikeluarka­n oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diterbitka­n oleh Pertubuhan Pertolonga­n Wanita (WAO) menunjukka­n jumlah kes gangguan seksual yang meningkat secara mendadak kepada 117 hingga 338 kes bagi setiap tahun yang amat membimbang­kan antara tahun 2011 hingga 2017.

“Mahasiswa dan mahasiswi pada masa kini seharusnya lebih peka dan berani untuk melakukan sesuatu tindakan bagi kebaikan mereka sendiri. Hal ini adalah kerana segelintir mahasiswa dan mahasiswi mudah merasakan takut dan tidak berani untuk melakukan apa-apa sekiranya mereka mendapat gangguan seksual, bahkan sanggup membiarkan perkara tersebut berlanjuta­n

Oleh itu, program yang diadakan dapat membuka fikiran mahasiswa dan mahasiswi tentang bahayanya gangguan seksual serta dapat melakukan sesuatu tindakan yang berani demi menghentik­an gangguan seksual daripada berlaku.

Selain itu, kuiz juga diadakan selepas berakhirny­a sesi soal jawab bagi menguji pemahaman peserta tentang topik-topik yang telah dibincangk­an sepanjang program. Slot kuiz telah mendapat sambutan yang sangat meriah di kalangan peserta dalam ruangan facebook live tersebut.

Antara pemenang yang berjaya menjawab kuiz berkenaan adalah Batrsyia Sofia, Rose Ros dan juga Zul Hisham.

Yang paling menarik, Zul Hisham dapat menjawab dua soalan kuiz berturut-turut. Pemenang kuiz akan mendapat ganjaran dan juga sijil penyertaan akan disediakan kepada para peserta serta SDP point diberikan kepada peserta dari UMS.” Kata Jonathan Adrian Dominic selaku Pengarah Program Bual Bicara Pakar Sexual Abuse: Talk Now, Protect Always.

 ??  ?? BUAL BICARA…PBBP 1: Sebelah kiri diwakili Mohammad Azuan Isack sebagai Moderator program, manakala kanan adalah Mohd Fairuz Abu ataupun lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi sebagai Panel Jemputan bagi program ini.
BUAL BICARA…PBBP 1: Sebelah kiri diwakili Mohammad Azuan Isack sebagai Moderator program, manakala kanan adalah Mohd Fairuz Abu ataupun lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi sebagai Panel Jemputan bagi program ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia