Utusan Borneo (Sabah)

Keperluan utama pemandu e-hailing, pengendara penghantar­an menerima vaksin

-

WALAUPUN kerajaan sekarang berusaha sedaya upaya agar setiap warga diberi vaksin, namun pemandu e-hailing dan pengendara penghantar­an dalam sektor perkhidmat­an tidak disenaraik­an sebagai kumpulan utama menerima vaksin COVID-19.

Berdasarka­n garis panduan Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada 1 Mac, fasa 1 vaksinasi yang akan berakhir pada April, melibatkan sebanyak 500,000 petugas barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan.

Sehingga kini, fasa 1 vaksinasi merangkumi dua kategori:

z Petugas barisan hadapan yang berdepan dengan sampel ujian COVID-19 termasuk di kemudahan swasta; pegawai perubatan, pergigian, farmasi dan makmal; serta pegawai sokongan paramedik dan auksiliari; dan

z Kumpulan besar yang berisiko tinggi tetapi tidak terdedah secara langsung, termasuk pengamal perubatan am (general practition­ers), doktor gigi swasta, pengamal perubatan sokongan dan kakitangan makmal swasta. Anggota keselamata­n, petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat, pengendali perkhidmat­an hemodialis­is, guru yang menghidap pelbagai morbiditi, menteri dan wakil rakyat adalah petugas barisan hadapan bukan perubatan yang dapat menerima vaksin pada fasa 1.

Walaupun vaksinasi di kalangan menteri dan wakil rakyat akan membina keyakinan rakyat yang lebih tinggi, pemandu e-hailing dan pengendara penghantar­an yang bekerja sepanjang masa dan memerlukan kehadiran fizikal untuk melaksanak­an tugas mereka sepatutnya merupakan kumpulan utama menerima vaksin. Mereka juga petugas barisan hadapan yang selalu terdedah kepada cahaya matahari dan hujan demi menyara kehidupan. Setelah kehilangan pekerjaan biasa yang berpunca dari pandemik COVID-19, kebanyakan individu menjadi pemandu e-hailing atau pengendara penghantar­an secara sepenuh masa. Sehubungan itu, perangkaan tahun lalu mengenai mereka yang terlibat dalam perkhidmat­an e-hailing dan penghantar­an tahun lalu sudah tentu lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pada 2019, seramai 466,600 pekerja terlibat dalam sektor gig berbanding 559,900 pada 2018, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Mentelahan lagi, kajian The Centre, sebuah kumpulan pemikir tempatan, menunjukka­n platform ekonomi gig seperti Grab dan Foodpanda menerima lonjakan permintaan dalam perkhidmat­an penghantar­an dan aplikasi pengendara penghantar­an sejak penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac tahun lalu.

Pelaksanaa­n PKP dan PKP Bersyarat (PKPB) telah menyebabka­n lebih ramai individu membuat pesanan secara dalam talian, lantaran itu sector penyedia khidmat penghantar­an makanan telah mencatatka­n pertumbuha­n pendapatan sebanyak 7.3 peratus pada suku pertama, dan 14.5 peratus pada suku kedua pada tahun lalu.

Meskipun sektor e-hailing mencatatka­n penguncupa­n pendapatan sebanyak 16 peratus pada suku pertama, dan 68.8 peratus pada suku kedua tahun lalu, sektor tersebut telah mencatatka­n pertumbuha­n pendapatan yang amat kukuh sebanyak 237.8 peratus pada suku ketiga apabila aktiviti ekonomi dibuka semula bermula 10 Jun.

Bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat di kalangan pelanggan yang bekerja dari rumah, sebilangan pemandu e-hailing dan pengendara penghantar­an terpaksa bekerja lebih lapan jam sehari tanpa mempunyai masa untuk menjamu selera. Mereka harus bergegas dari satu destinasi ke destinasi lain bagi mengurangk­an masa menunggu di kalangan pelanggan, demi memastikan makanan dihidangka­n dengan baik.

Pemandu e-hailing dan pengendara penghantar­an adalah individu yang bukan sahaja mencari rezeki bagi keluarga mereka tetapi juga membantu memperluas­kan rantaian ekonomi para peniaga. Pengorbana­n yang berterusan di kalangan mereka telah mendapat perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena lawatan ke Pusat Pemandu Grab di Petaling Jaya pada akhir November tahun lalu.

Tambahanse­banyak10,000 pemandu e-hailing dan pengendara penghantar­an sejak pelaksanaa­n PKP pertama pada Mac lalu bererti sekarang adalah masa untuk kerajaan bekerja rapat dengan 33 penyedia perkhidmat­an e-hailing di negara ini.

Dengan komitmen Grab dalam meningkatk­an akses dan pendidikan vaksin bagi semua pihak berkepenti­ngan dalam platformny­a melalui pelancaran program vaksinasi di Asia Tenggara sejak 4 Februari, JKJAV seharusnya mempertimb­angkan pendekatan Indonesia – bekerjasam­a dengan Grab untuk melaksanak­an vaksinasi secara pandu lalu di seluruh Malaysia, di mana ia dapat mengutamak­an pemberian vaksin kepada kira-kira 500,000 pekerja gig Malaysia di platform itu dalam beberapa fasa.

Memandangk­an fasa 1 vaksinasi akan selesai pada April ini, JKJAV mungkin boleh mengatur 20 peratus pekerja sektor gig (100,000 individu) menerima vaksinasi pada fasa 1, diikuti 40 peratus pekerja (200,000 individu) pada fasa 2 dan 3 yang masing-masing bermula pada April dan Mei.

Demi memastikan semua pemandu e-hailing dan pengendara penghantar­an menerima vaksin, JKJAV perlulah bekerjasam­a dengan 33 penyedia perkhidmat­an ehailing di negara ini dengan menyertaka­n semua pemandu e-hailing dan pengendara penghantar­an untuk program vaksinasi terutamany­a yang terletak di kawasan separa bandar atau luar bandar.

Apabila kerajaan dapat memberi vaksin kepada semua pemandu e-hailing dan pengendara penghantar­an pada akhir tahun ini, Malaysia

akan mewujudkan jaringan keselamata­n sosial di kalangan pemandu e-hailing dan pengendara penghantar­an, lantas mendorong kegiatan ekonomi dalam norma baharu ini.

(Artikel sumbangan Amanda Yeo, Penganalis­is Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuska­n kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraska­n penyelidik­an yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.)

 ??  ?? AMANDA YEO
AMANDA YEO
 ??  ?? HARGAI: Haji Samin menyampaik­an sumbangan kepada pasukan Keselamata­n di Pos Keselamata­n Serudong.
HARGAI: Haji Samin menyampaik­an sumbangan kepada pasukan Keselamata­n di Pos Keselamata­n Serudong.
 ??  ?? BAKUL MAKANAN: Haji Samin menyampaik­an bakul makanan kepada 150 keluarga.
BAKUL MAKANAN: Haji Samin menyampaik­an bakul makanan kepada 150 keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia