Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan kapal tangki gagal pamer dokumen jaminan insurans

-

MELAKA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki yang mencurigak­an pada kedudukan kira-kira 1.9 batu nautika barat daya dari Tanjung Ke-ling, di sini kelmarin.

Pengarah APMM Ne-geri Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, dalam kejadian jam 4.20 petang itu, kapal tersebut ditahan berdasarka­n aduan dan maklumat yang diterima daripada Jabatan Laut Malaysia berkenaan status satu vesel yang belayar tanpa perlindung­an insurans.

“Bertindak atas maklumat, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan kapal tangki itu yang sedang berlabuh di batas pelabuhan Melaka.

“Pemeriksaa­n awal mendapati, kapal tangki MT PENNY H yang berdaftar di Tanzania itu dikendalik­an 24 kru warga China berumur 22 hingga 46 tahun yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanap­un, pemeriksaa­n lanjut mendapati nakhoda kapal gagal mengemukak­an sebarang dokumen jaminan insurans seperti kehendak Limitation of Liability of Maritime Claims (LLMC) daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Kapal berserta semua kru seterusnya ditahan dan kes telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat APMM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Susulan insiden ini, APMM akan terus mempergiat­kan lagi kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan berkaitan dalam operasi penguatkua­saan bagi membantera­s dan menyekat aktiviti jenayah di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

Orang ramai diminta agar menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Ne-geri Melaka & Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia