Utusan Borneo (Sabah)

Hasil siasatan kes pukul babitkan bekas ahli politik diserah kepada TPR

-

KUALA TERENGGAN: Polis telah melengkapk­an kertas siasatan berhubung kejadian pukul dan khianat membabitka­n seorang bekas ahli politik di Terengganu dan telah menyerahka­nnya kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pagi semalam untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata, suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu juga telah ditangkap dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Pada peringkat awal kes tersebut adalah disebabkan hutang. Pengadu (bekas ahli politik) dan suspek adalah kawan baik dan berlaku pergaduhan antara mereka.

“Kita (polis Terengganu) hanya siasat berkenaan pergaduhan sahaja manakala kes cabul yang dikaitkan dengan bekas ahli politik itu disiasat oleh pihak polis di Ampang, Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Peringatan Hari Polis ke-214 Peringkat Kontinjen Negeri Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, semalam.

Baru-baru ini, pihak polis mengesahka­n mereka sedang menyiasat seorang ahli politik dari Pantai Timur yang didakwa mencabul isteri kenalannya ketika bermalam di rumah pasangan terbabit di Kuala Lumpur sekitar Julai atau Ogos tahun lepas.

Ekoran laporan berita kes berkenaan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, tampil menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak pernah bermalam di rumah pasangan tersebut.

Sebaliknya, Wan Ahmad Nizam yang juga bekas Naib Ketua UMNO Kemaman mendakwa kenalannya yang berhutang dengannya itu menumbuk beliau sebanyak dua kali serta membaling pasu bunga bertubi-tubi ke arahnya ketika mereka berbincang mengenai hutang tersebut di kediamanny­a di Kemaman, lebih seminggu yang lepas.

Dalam perkembang­an lain, Roslee berkata pihak polis telah mengenal pasti suspek kejadian samun menggunaka­n senapang angin di sebuah premis taska di Hulu Terengganu pada pagi Selasa lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia