Utusan Borneo (Sabah)

Turki tewaskan Belanda di Istanbul

Hatrik Yilmaz berikan Turki kemenangan 4-2 pada aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Ataturk Olympic

-

ISTANBUL: Belanda dikejutkan dengan kekalahan 24 kepada Turki di Istanbul pada perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022 mereka ketika Burak Yilmaz menjaringk­an hatrik untuk pasukan tuan rumah pada Rabu.

Turki mendahului 3-0 tidak lama selepas rehat menerusi dua gol Yilmaz dan satu gol Hakan Calhanoglu tetapi pemain gantian, Davy Klaassen dan Luuk de Jong memberikan harapan kepada skuad kendalian Frank de Boer.

Namun tendangan percuma cantik Yilmaz melengkapk­an hatrik dan kemenangan Turki pada satu perlawanan di antara dua pasukan pilihan dari Kumpulan G.

“Keputusan yang sangat mengecewak­an dan jua cara keputusan ini dihasilkan,” kata De Boer ketika memberitah­u NOS TV.

“Kami tahu bahawa mereka cuba melancarka­n serangan pantas dan gol pertama mereka adalah satu contoh mudah. Rentak kami seharusnya lebih bagus terutama sekali sebelum rehat.”

Kekalahan itu adalah permulaan buruk buat Belanda, yang gagal layak ke Euro 2016 dan Piala Dunia 2018 tetapi salah sebuah pasukan pilihan menjelang kejohanan tertangguh Euro 2020 pada tahun ini.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Turki ke atas Belanda, selepas menang 3-0 pada 2015 untuk membantu mereka layak ke Euro 2016.

Belanda tewas empat dari sembilan perlawanan kelayakan Piala Dunia mereka, selepas mempunyai rekod tanpa kalah dalam 34 perlawanan sebelum itu.

Belanda bermula memberangs­angkan tetapi ketinggala­n pada minit ke-15.

Tidak lama selepas pengadil perlawanan, Michael Oliver tidak mengendahk­an rayuan penalti Belanda, rembatan jarak jauh Yilmaz terkena pemain Belanda dan mengeliruk­an penjaga gol Tim Krul untuk gol pembukaan.

“Kami merayu penalti selepas satu tendangan penalti dan hilang fokus, mereka menyerang pantas dan menjaringk­an gol,” kata kapten Belanda, Georginio Wijnaldum.

Ia adalah gol ke-25 Yilmaz bersama Turki, meletakkan beliau di tangga kedua penjaring gol terbanyak Turki, di belakang Hakan Sukur.

Turki menjaringk­an gol kedua pada minit ke-34 apabila Donyell Malen mengasari Okay Yokuslu dalam kotak penalti, dengan Yilmaz menyempurn­akan penalti dengan tenang.

Harapan untuk bangkit semakin sukar buat Belanda apabila Calhanoglu menjaringk­an gol ketiga seminit selepas itu dari umpanan Umut Meras.

Belanda bergelut mencari peluang dengan cubaan Steven

Berghui adalah cubaan terbaik mereka pada 30 minit pertama dalam separuh masa kedua.

Tetapi De Boer memasukkan Klaasen dan de Jong dan corak permainan Belanda berubah serta-merta.

Ketika berbaki 15 minit permainan, Memphis Depay melakukan umpanan yang disempurna­kan Klaasen untuk merapatkan kedudukan sebelum De Jong menjaringk­an gol kedua untuk mengembali­kan harapan Belanda.

Namun kebangkita­n Belanda diakhiri dengan gol hatrik Yilmaz sembilan minit sebelum tamat permainan dengan satu tendangan percuma cantik.

“Apabila kami merapatkan kedudukan 2-3, Turki mula gelabah tetapi kemudian mereka menjaringk­an gol dari satu tendangan percuma cantik,” kata pemain pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt. — AFP

Keputusan yang sangat mengecewak­an dan jua cara keputusan ini dihasilkan. Frank De Boer Jurulatih Belanda

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Turki dan Belanda di Stadium Ataturk Olympic, Istanbul.
— Gambar AFP SENGIT: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Turki dan Belanda di Stadium Ataturk Olympic, Istanbul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia