Utusan Borneo (Sabah)

Jurulatih diingatkan agar tidak mempunyai kepentinga­n peribadi

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin mengingatk­an agar jurulatih di bawah naungan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah tidak mempunyai kepentinga­n peribadi dan sikap pilih kasih.

Katanya, jurulatih adalah aset penting dalam usaha kementeria­nnya melaksanak­an program pembanguna­n atlet berprestas­i tinggi bertaraf dunia.

Katanya, jurulatih adalah cerminan kepada atlet di bawah bimbingan mereka. Oleh itu, jurulatih perlu membina keterampil­an dan mengamalka­n etika kejurulati­han terbaik.

"Semua anda harus saling sokong menyokong antara satu sama yang lain sama ada berada dalam jenis sukan yang sama atau berlainan.

"Perkongsia­n idea dan pengalaman boleh menjadikan seseorang jurulatih itu lebih peka, memahami situasi dan dapat membuat atau memilih keputusan terbaik dalam membangunk­an atlet," katanya.

Ellron berkata demikian dalam amanatnya kepada jurulatih-jurulatih sukan negeri ini dalam satu majlis di sini kelmarin.

Beliau berkata, kementeria­nnya berusaha melahirkan lebih ramai jurulatih pelapis.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap anak-anak muda khususnya bekas-bekas atlet Sabah dapat mengambil peluang dengan mengikuti kursus dan bengkel serta peperiksaa­n kejurulati­han untuk menjadi jurulatih bertauliah.

Katanya, kementeria­nnya menerusi MSN Sabah akan sentiasa berusaha membawa lebih banyak program peningkata­n ilmu untuk jurulatih termasuk menjemput fasilitato­r dari Majlis Sukan Negara serta pakar dari luar negara.

Sambil itu, Ellron menjelaska­n bahawa proses lantikan jurulatih di bawah MSN Sabah adalah diputuskan melalui keputusan mesyuarat selepas merujuk dengan teliti penilaian prestasi jurulatih dalam melahirkan atlet yang mampu mencapai kecemerlan­gan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Menurutnya, had umur maksima jurulatih lantikan MSN Sabah adalah 65 tahun.

Katanya, ia bertujuan memberi ruang kepada jurulatihj­urulatih muda menunjukka­n kebolehan mereka.

Ellron berkata, had umur itu bukan mengabaika­n kemampuan jurulatih senior yang lebih berpengala­man sebaliknya mahu jurulatih senior lebih kepada menjadi mentor bagi melahirkan lebih ramai jurulatih muda.

"Jurulatih-jurulatih senior ini sepatutnya berada di tahap yang lebih tinggi dan bertindak sebagai guru dan bukannya masih memerah keringat dan membanting tulang di bawah panas matahari melatih atlet," katanya.

Ellron berkata, kementeria­nnya juga percaya, kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah telah bersedia dari segi mental dan fizikal mengejar sasaran 40 pingat emas di SUKMA Johor tahun depan.

 ??  ?? BERSAMA: Ellron (tengah di depan) dan pegawai-pegawai di bawah kementeria­nnya bersama jurulatih-jurulatih sukan negeri ini semasa Majlis Amanat Oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Bersama Jurulatih Negeri Sabah di Kota Kinabalu kelmarin.
BERSAMA: Ellron (tengah di depan) dan pegawai-pegawai di bawah kementeria­nnya bersama jurulatih-jurulatih sukan negeri ini semasa Majlis Amanat Oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Bersama Jurulatih Negeri Sabah di Kota Kinabalu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia