Utusan Borneo (Sabah)

2022 sasaran tahun TGK diiktiraf UNESCO

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menetapkan sasaran Tapak Geopark Kinabalu (TGK) berupaya mendapat pengiktira­fan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2022.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata usaha giat dijalankan untuk memastikan­nya tersenarai sebagai tapak UNESCO Global Geopark.

“Sekarang kita menunggu penilaian TGK sebagai tapak UNESCO Global Geopark pada Julai atau Ogos ini dan saya percaya potensinya untuk mendapat kelulusan,” katanya.

Jafry berkata demikian sempena perasmian Seminar Antarabang­sa Aspiring Kinabalu UNESCO Global Geopark di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau percaya pengiktira­fan itu juga akan menarik perhatian pelabur asing sekaligus merancakka­n ekonomi negeri dan penduduk tempatan di sekitar TGK.

“Kita yakin pengiktira­fan ini juga menandakan pelancong berpeluang beriadah di kawasan yang diiktiraf kecantikan alam semula jadinya di peringkat dunia,” katanya.

Menurutnya, usaha awal ke arah mencapai status terbabit sudah dimulakan semenjak 2014 lagi menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk Taman-Taman Sabah (TTS).

Begitu juga, Jabatan Mineral dan Geosains, pakar dari Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta pegawai daerah di Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.

“Kerjasama ini melibatkan kerja-kerja untuk mengenalpa­sti sekaligus mencadangk­an kawasan yang berkeluasa­n kira-kira 4, 750 km persegi untuk diisytihar­kan sebagai TGK.

“Kerajaan Negeri bersetuju mencadangk­an TGK sebagai Geopark Kebangsaan pada 18 Mac lepas untuk melayakkan­nya disenarai sebagai Aspiring Kinabalu UNESCO Global Geopark,” katanya.

Menyentuh travel bubble atau gelembung perjalanan pula, beliau mengesahka­n satu pemain pelanconga­n di Semporna diberi kelulusan selepas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berpuas hati dengan penilaian mereka.

 ??  ?? FOKUS: Jafry menghadiri Seminar Antarabang­sa Aspiring Kinabalu UNESCO Global Geopark yang turut dijalankan secara digital dengan pemain industri terkenal dari negara-negara luar di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.
FOKUS: Jafry menghadiri Seminar Antarabang­sa Aspiring Kinabalu UNESCO Global Geopark yang turut dijalankan secara digital dengan pemain industri terkenal dari negara-negara luar di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia