Utusan Borneo (Sabah)

Pematuhan SOP di Beluran semakin baik

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

BELURAN: Pematuhan rakyat khususnya di daerah ini terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuas­akan kerajaan dilihat semakin baik sejak akhir-akhir ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superinten­dan Kasim Muda berkata, gerak kerja pasukan PDRM yang lebih serius dari segi penguatkua­saan menjadi faktor ke arah pematuhan SOP yang lebih baik.

Selain itu, katanya, rakyat juga semakin faham dengan amalan norma baharu, malah telah menjadi kebiasaan untuk dipraktikk­an dalanm kehidupan seharian terutama penggunaan pelitup muka dan keperluan mengimbas suhu badan.

“Sebelum kita kenakan tindakan, kita beri amaran dahulu. Dan, tindakan mengenakan kompaun hanya akan diberi sekiranya kesalahan itu berulang. Selain itu, anggota kita melalui Unit MPV dan URB juga ada memberi penerangan mengenai amalan norma baharu di kawasan kampung.

“Begitu juga kita minta kerjasama anggota RELA, Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Jabatan Penerangan untuk turut sama memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai SOP yang perlu dipatuhi dalam mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 di Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di sini semalam.

Untuk rekod, setakat hari ini, sebanyak 48 kompaun telah dikeluarka­n oleh IPD Beluran atas pelbagai kesalahan termasuk premis tidak mematuhi SOP, tiada penjarakan sosial, tidak memakai pelitup muka dan sebagainya.

Sementara itu, Kasim berkata kadar indeks jenayah bagi daerah tersebut berkuranga­n daripada 24 kes bagi tempoh Januari hingga Mac tahun lalu kepada 12 kes sahaja bagi tempoh sama pada tahun ini.

Selain itu, beliau berkata kes melibatkan jenayah narkotik dan kemalangan di daerah berkenaan turut mencatatka­n penurunan setakat tiga bulan pertama ini.

Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis itu, seramai empat pegawai dan anggota telah menerima surat penghargaa­n daripada Pesuruhjay­a Polis Sabah, manakala 16 sijil penghargaa­n dari IPD Beluran telah disampaika­n kepada pegawai dan anggota termasuk orang awam yang telah menyumbang khidmat bakti kepada PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia