Utusan Borneo (Sabah)

Webinar 2021: ‘Love is Healer or Killer?’ dapat sambutan seluruh negara

- Sumbangan UPMKB

PELAJAR kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2020/2021 Putra Bakti telah menganjurk­an dengan jayanya Webinar 2021: ‘Love is Healer or Killer?’ pada 20 hingga 21 Mac lalu bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang maksud sebenar cinta.

Penganjura­n program ini mendapat sambutan menggalakk­an melalui penyertaan pelbagai pihak dari seluruh negara.

Pengarah program Jose Daniel Ingom Johnny berkata, program ini turut menerima sumbangan barang keperluan daripada orang awam dan keluarga pelajar khusus untuk membantu pelajar asnaf dan Putra Food Bank UPMKB.

“Putra Food Bank merupakan fasiliti yang disediakan untuk membekalka­n makanan serta barang keperluan bagi pelajar golongan asnaf dan fakir miskin dengan slogan ‘Daripada Pelajar kepada Pelajar yang Memerlukan’,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan program dua hari itu yang disertai 150 peserta.

Beliau berharap usaha ini sekurang-kurangnya dapat membantu dan meringanka­n beban para pelajar terbabit.

Beberapa tajuk yang dikupas pada program itu adalah slot ‘All Out of Love’ oleh Pensyarah Kanan UPMKB Dr Chan Siaw Leng, ‘Manisnya Cinta’ oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah Noor Yasmin Mohamad Sakeri, ‘Toxic Relationsh­ip: In or Out?’ oleh Guru Bahasa Kanan UPMKB Fakhzan Buang.

Diikuti slot ‘Peritkah Cinta?’ oleh Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) UPMKB Hairunisah Abdul Rahman, ‘Sedalam Mana Cinta’ oleh pensyarah JSTech FKPS UPMKB Mohammad Saufi Mohammad Ramli.

Selain itu, program itu juga turut mempromosi­kan program-program akademik yang ada di UPMKB melalui slot istimewa ‘We Love UPMKB’.

Dalam pada itu, Fasilitato­r Kursus QKK2101 Bakti Siswa Roslan Ismail berkata, program itu memberikan impak berkesan kepada semua peserta serta mendedahka­n peserta dengan pelbagai ilmu pengetahua­n dan pengalaman yang mampu membentuk keperibadi­an diri.

“Ia juga untuk memantapka­n unsur-unsur kemahiran insaniah dalam diri yang boleh dipraktikk­an dalam kehidupan seharian.

“Pengalaman seperti ini hanya boleh diperolehi melalui program sebegini dan bukan dalam kelas, sekali gus akan diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

Kursus QKK2101, Bakti Siswa merupakan Kursus Kokurikulu­m Berkredit yang wajib diambil pelajar program diploma UPMKB di mana para pelajar dilatih untuk melaksanak­an program yang berteraska­n kemanusiaa­n kepada seluruh komuniti awam.

Berikutan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat, program ini dilaksanak­an melalui kaedah alternatif iaitu secara webinar bagi penerapan ilmu secara dalamn talian dengan harapan akan membawa manfaat kepada orang ramai.

 ??  ?? MANTAP: Para pelajar UPMKB sebagai tenaga penggerak Putra Bakti Webinar 2021: `Love is Healer or Killer?’
MANTAP: Para pelajar UPMKB sebagai tenaga penggerak Putra Bakti Webinar 2021: `Love is Healer or Killer?’
 ??  ?? TAMBAH ILMU: Para pensyarah dan peserta yang menyertai Webinar 2021: ‘Love is Healer or Killer?’ pada 20 hingga 21 Mac lalu.
TAMBAH ILMU: Para pensyarah dan peserta yang menyertai Webinar 2021: ‘Love is Healer or Killer?’ pada 20 hingga 21 Mac lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia