Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Malaysia wajar pertimbang Hungary sebagai destinasi pengajian: Duta

-

KUALA LUMPUR: Hungary menawarkan lebih 40 biasiswa di bawah program Stipendium Hungaricum Beasiswa, membolehka­n rakyat Malaysia mempertimb­angkan untuk melanjutka­n pengajian di negara itu.

Duta Hungary ke Malaysia Dr Petra Ponevács-Pana berkata rakyat Malaysia boleh memohon biasiswa itu untuk pengajian sarjana, siswazah dan pascasiswa­zah.

Program biasiswa berkenaan pertama kali diperkenal­kan pada tahun akademik 2018.

Biasiswa itu merangkumi yuran pengajian, gaji bulanan, penginapan dan insurans perubatan serta terpakai untuk semua program termasuk pertanian, seni bina dan warisan budaya, sains kesihatan, sains semula jadi dan sains alam sekitar.

Bagaimanap­un, Dr Petra berkata, kadar pengambila­n penuntut Malaysia untuk program biasiswa itu masih rendah, hanya kira-kira 80 orang sejak ia diperkenal­kan.

“Kami sedar kami perlu tingkatkan kebolehcap­aian program biasiswa itu. Saya bercadang untuk jelajah ke beberapa negeri terpilih di Malaysia,” katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif, baru-baru ini.

Stipendium Hungaricum Scholarshi­p diperkenal­kan kerajaan Hungary pada 2013 dan diselia oleh Tempus Public Foundation sejak 2015. Setakat ini, lebih 60 negara menjadi rakan program ini melalui kerjasama pendidikan dua hala.

Dr Petra yang akan memberi lebih tumpuan kepada meningkatk­an hubungan pendidikan tinggi kedua-dua negara berkata, Hungary menawarkan pendidikan berkualiti dan ijazah yang diiktiraf, kos hidup berpatutan serta persekitar­an tempat tinggal yang selamat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia