Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan elektrik disambung semula di Maiduguri dua bulan selepas serangan pelampau

-

MAIDUGURI: Penduduk di bandar Maiduguri di utara Nigeria sangat gembira apabila kelmarin bekalan elektrik disambung semula setelah hampir dua bulan kumpulan pelampau meletupkan talian bekalan elektrik.

Serangan pada 26 Januari merupakan yang kali ketiga pada bulan itu menyaksika­n militan daripada kumpulan IS Wilayah Islam Afrika Barat (ISWAP) meletakkan bandar itu dalam kegelapan.

Di jalan pesat berdekatan kem Bakassi, yang menempatka­n lebih 30,000 penduduk akibat konflik keganasan di kawasan itu, penduduk bersorak girang.

“Serius, saya amat menghargai­nya,” Sihiyina Chinde, 24, duduk di bangku kayu, sedang menggoreng kek beras dan kacang kisar mengucapka­n terima kasih atas cahaya lampu jalan.

“Saya seorang pelajar matematik dan statistik dan kini saya boleh membaca buku tanpa perlu menggunaka­n lampu suluh.”

Diseberang­jalan,sekumpulan kanak-kanak membeli air sejuk dijual dalam bungkusan plastik kecil.

“Lampu kembali pada jam 5.42 petang,” kata pemilik kedai, Ibrahim Mustafa Goni.

Syarikat tenaga belum membuat keterangan namun mereka telah berkata sedang dalam usaha untuk membaiki jaringan bekalan kepada bandar untuk tiga juta orang.

“Hidup telah menjadi sukar,” kata Goni, 48. “Lebihlebih lagi dalam musim panas ini, apabila air sejuk amat diperlukan.”

Minggu lepas, suhu 42 darjah di Maiduguri. Goni terpaksa menggunaka­n generator dari jam 6 pagi sehingga 10 malam, yang menelan kos dalam 6,000 naira (RM60) sehari.

“Saya terpaksa menaikkan harga komoditi (sebagai akibat) dan pembeli mengadu. Malam ini, saya gembira,” kata Goni, namun “saya berharap pihak kerajaan meningkatk­an keselamata­n supaya ini tidak berlaku lagi.”

ISWAP dan pesaing Boko Haram sering kali menyasarka­n infrastruk­tur, meletupkan telekom dan jaringan kuasa di bahagian timur laut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia