Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘Penunggang Agama’ lebih berani, kini di Astro First

-

DUA penerbit gergasi tanah air, Astro Shaw dan Skop Production­s yang yang sering mencetus fenomena tersendiri menerusi pelbagai kejayaan dalam industri filem tempatan, kini kembali bergabung menerbitka­n filem terbaru, ‘Penunggang Agama’. Tambah menarik, karya tersebut diarahkan oleh pengarah filem pecah panggung ‘Abang Long Fadil 2’, Syafiq Yusof. Ini adalah kali pertama beliau mengarahka­n filem genre seram thriller dengan elemen islamik, sekali gus memperkuku­hkan lagi portfolion­ya sebagai pengarah kreatif. Selepas kejayaan filem ‘Munafik’, tidak banyak filem seram thriller islamik dihasilkan. Kehadiran ‘Penunggang Agama’ bakal memperkuat­kan lagi genre tersebut sebagai salah satu genre utama pilihan penggemar filem. Mengenai watak pula, watak utama Amir mempunyai keunikkan tersendiri, seorang graduasi Al-Azhar dengan pemikiran berbeza dan mudah dimanipula­si. Secara tidak langsung watak itu memperliha­tkan sisi berbeza pelakon popular, Zul Ariffin. Turut memberi lakonan mantap adalah Nasir Bilal Khan yang membawa watak hitam, Tok Haji. Bagi menjayakan watak tersebut, penata rias telah mengambil masa dua jam untuk melakar tatu di seluruh badan beliau. Lebih dramatik, adegan oleh Tok Haji yang bermandika­n darah juga turut dirasakan mampu menarik perhatian penonton. Hantu atau susuk makhluk juga berbeza daripada kebiasaan filem-filem seram thriller tempatan dan ia lebih menyeramka­n. Terdapat banyak lagi adegan dan kejutan demi kejutan yang akan membuat penonton terpaku menerusi plot sepanjang 90 minit. Pelakon lain yang turut memberi lakonan hebat dan meninggalk­an kesan adalah Azira Shafinaz, adik Puteri Nurqaseh, Salina Saibi, Johan As’ari, Sabrina Ali dan Datuk Jalaludin Hassan. Apatah lagi karakter mereka diperkukuh­kan dengan skrip dialog yang kuat dan mampu memberi impak kepada penonton. Menurut Syafiq Yusof, minat yang mendalam dalam berkarya mendorongn­ya untuk sentiasa berusaha tampilkan kelainan pada setiap filem yang dihasilkan. “Kali ini, saya memilih genre sebegini dengan elemen islamik kerana cabarannya berbeza di mana banyak rujukkan yang perlu saya buat, terutamany­a pada penghasila­n skrip dan adegan. Selain itu, konflik penunggang agama itu sendiri sememangny­a dekat dengan masyarakat dan saya cuba menyampaik­an mesej-mesej yang diharap boleh dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua,” katanya. Penunggang Agama mengisahka­n tentang Amir dan Anna, pasangan suami dan isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk mendapatka­n khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji. Namun, Amir dan Anna tidak mempercaya­i Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunaka­n khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengk­an agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluargany­a sendiri. Teka-teki bermula dalam plot penceritaa­n untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Dapatkah Amir menyelamat­kan keluargany­a dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem ‘Penunggang Agama’. Saksikan filem seram thriller, ‘Penunggang Agama’ kini di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Mac. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia