Utusan Borneo (Sabah)

Tayangan filem ‘Black Widow’ ditangguh lagi

-

STUDIO Disney sekali lagi menangguhk­an ‘Black Widow’ dan beberapa filem adiwira yang lain serta animasi, langkah yang sedikit mematahkan harapan bahawa panggung filem AS yang baharu sahaja dibuka akan kembali pulih selepas setahun ditutup berikutan pandemik. ‘Black Widow’ yang dibintangi oleh Scarlett Johansson sebelum ini diumumkan sebagai tayangan musim bunga utama untuk menarik peminat kembali ke panggung wayang yang dibenarkan dibuka dalam kapasiti terhad di Los Angeles baru-baru ini dan di New York pada awal bulan ini. Ia kini akan ditayangka­n pada 9 Julai, dua bulan kemudian daripada tarikh yang diumum sebelumnya, dan akan tersedia secara serentak di platform striming Disney+ untuk penonton di rumah, dengan bayaran tambahan bagi yang telah melanggan perkhidmat­an striming berkenaan. Disney, yang semakin mengutamak­an striming dan telah melakukan cubaan demi cubaan terhadap model tayangan yang berbeza semasa pandemik, berkata langkah itu menggambar­kan “pilihan penonton yang semakin berkembang” dalam satu pasaran “yang semakin pulih daripada pandemik global.” Berita itu bagaikan satu tamparan yang hebat kepada rangkaian pawagam yang telah berdepan dengan kerugian yang besar semasa penutupan selama setahun yang tidak pernah terjadi sebelumnya yang turut melihat ‘jendela’ tradisiona­l di mana filemfilem baharu hanya dapat dilihat di skrin besar tidak lagi begitu. Animasi berinspira­sikan Itali berjudul ‘Luca’ dari Pixar kini hanya akan ditayangka­n di Disney+, bermula dari 18 Jun, manakala aksi sebenar ‘Cruella’ yang menampilka­n Emma Stone akan muncul di skrin besar dan kecil dari 28 Mei, kata syarikat itu. ‘Black Widow’ pada mulanya dijadual untuk ditayangka­n pada Mei 2020, sebelum situasi jangkitan COVID-19 semakin memburuk. Penangguha­n tayanganny­a sekali lagi bermakna filem lain dalam francais Marvel, ‘ShangChi and the Legend of the Ten Rings’, turut ditunda hingga September. ‘Kesan domino’ berkemungk­inan akan memberi kesan kepada tayangan utama dari studio Hollywood lain yang mahukan slot musim panas yang menguntung­kan. Walaupun panggung Los Angeles kini dibuka semula, pemerhati industri Exhibitor Relations memberi amaran “pembukaan semula masih lagi perlahan di box office.” Filem teratas Amerika Utara, ‘Raya and the Last Dragon’ dari Disney, mencatat kutipan jualan tiket hanya AS$5.1 juta di hampir 2,300 pawagam. Namun ada beberapa berita gembira bagi pawagam dengan laporan yang Cineworld, pemilik rangkaian kedua terbesar Amerika Utara, Regal, membuat perjanjian dengan Warner Bros untuk menayangka­n filemfilem studio itu secara eksklusif di skrin besar bagi ‘jendela’ 45 hari pada tahun hadapan. Warner Bros telah membuatkan pemilik pawagam dan pembikin filem penting di Hollywood marah apabila ia mengumumka­n kesemua filemfilem­nya akan tersedia dari hari pertama lagi di perkhidmat­an strimingny­a di HBO Max. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? SCARLETT JOHANSSON
SCARLETT JOHANSSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia