Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan prasekolah perlu dititikber­atkan

-

SRI AMAN: Negara amat memerlukan golongan cerdik pandai untuk meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n negara, kata Penolong Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman Wan Habeeb Wan Mohamad.

Oleh yang demikian, pendidikan perlu dititikber­atkan di setiap peringkat agar generasi yang dilahirkan berkualiti tinggi dan mampu bersaing dalam dunia yang semakin mencabar.

“Anak-anak yang menuntut ilmu bermula di peringkat tabika dan taska perlulah diberikan perhatian sepenuhnya kerana ia adalah tunjang utama bagi mereka melangkah ke alam pendidikan yang sebenar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Tabika KEMAS Kem Pakit dekat sini, semalam.

Wan Habeeb yang juga Penyelia Prasekolah Jabatan

KEMAS Bahagian Sri Aman berkata, fokus terhadap pendidikan generasi muda tidak boleh berganjak daripada sasaran melahirkan sekurangku­rangnya graduan.

“Jika kita tidak menghantar anak-anak ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahua­n, bagaimanak­ah sasaran itu mampu dicapai?

“Cabaran yang berada di hadapan kita begitu besar jika anak-anak tidak dibekalkan dengan ilmu yang bakal menjadi aset penting untuk kehidupan pada kemudian hari,” tegasnya lanjut.

Sementara itu, beliau turut mengingatk­an ibu bapa agar sentiasa mengambil berat pergerakan anak-anak selepas waktu persekolah­an dan sentiasa memastikan mereka melakukan aktiviti berfaedah.

“Sebagai ibu bapa anda tidak seharusnya meletakkan tanggungja­wab menjaga anak-anak kita kepada pihak guru semata-mata sebaliknya kita perlu memainkan peranan yang sama,” ujarnya.

Terdahulu, penyerahan kunci bangunan baharu tersebut kepada Jabatan KEMAS Bahagian Sri Aman telah disempurna­kan Pegawai Memerintah Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Pakit Leftenan Kolonel Mohd Rizal Mohd Ali.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat merangkap Pegawai Pembanguna­n Komuniti di KEMAS Bahagian Sri Aman Kelvin Lambai.

Tabika KEMAS Kem Pakit menempatka­n 37 kanakkanak dalam tiga kelas iaitu Kelas A, B dan C.

 ??  ?? SIMBOLIK: Mohd Rizal (kanan) menyerahka­n replika kunci kepada Wan Habeeb sebagai simbolik bangunan baharu itu kelak akan diurus sepenuhnya KEMAS Bahagian Sri Aman pada majlis ringkas di Sri Aman, semalam.
SIMBOLIK: Mohd Rizal (kanan) menyerahka­n replika kunci kepada Wan Habeeb sebagai simbolik bangunan baharu itu kelak akan diurus sepenuhnya KEMAS Bahagian Sri Aman pada majlis ringkas di Sri Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia