Utusan Borneo (Sabah)

FIFA melanjutka­n penggantun­gan Blatter sehingga 2028

-

LAUSANNE: Badan induk bola sepak dunia (FIFA), menggantun­g bekas presidenny­a, Sepp Blatter, sehingga 2028 pada Rabu selepas menyerahka­n lanjutan penggantun­gan enam tahun dan lapan bulan kerana menerima bonus yang terlalu banyak.

Bekas setiausaha agung FIFA, Jerome Valcke, juga dilanjutka­n tempoh penggantun­gan dengan jumlah yang sama.

Penggantun­gan baharu itu hanya berkuatkua­sa apabila tempoh penggantun­gan semasa ke atas Blatter dan Valcke kerana rasuah, berakhir masing-masing pada Oktober tahun ini dan Oktober 2025.

Jawatankua­sa Etika FIFA berkata ia juga mendenda kedua-dua bekas pemimpin itu sejumlah satu juta Swiss francs.

Blatter, 85, menerima 23 juta Swiss francs dalam ‘bonus luar biasa’ dikaitkan dengan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan Piala Dunia 2014 di Brazil dan juga kejohanan Piala Konfederas­i di Brazil, kata Jawatankua­sa Etika ketika membuat rumusan keputusan mereka.

Valcke, 60, yang menjadi orang kanan Blatter sepanjang 17 tahun menjadi presiden, menerima bonus 30 juta Swiss francs dalam tempoh yang sama, kata jawatankua­sa itu.

Bekas wartawan sukan itu pada awalnya digantung 12 tahun tetapi dikurangka­n kepada 10 tahun selepas rayuan. Kini penggantun­gannya adalah sehingga 2032.

FIFA berkata Blatter dan Valcke melanggar Kod Etika dengan “menawarkan dan menerima hadiah atau faedah lain” dan menerusi “penyalahgu­naan kedudukan”.

Ia berkata dalam satu kenyataan: “Siasatan ke atas Blatter dan Valcke meliputi beberapa dakwaan, terutama sekali melibatkan pembayaran bonus berkaitan dengan pertanding­an FIFA yang dibayar kepada pegawai tertinggi pengurusan FIFA, beberapa pindaan dan lanjutan kontrak kerja, selain imbuhan oleh FIFA dari kos perundanga­n swasta dalam kes Valcke.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? REDHA: Gambar fail 1 Septembe 2020 ini menunjukka­n Blatter keluar dari sebuah pejabat peguam di Switzerlan­d.
— Gambar AFP REDHA: Gambar fail 1 Septembe 2020 ini menunjukka­n Blatter keluar dari sebuah pejabat peguam di Switzerlan­d.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia