Utusan Borneo (Sabah)

Bintang Norway sokong kempen ‘Hak Asasi Manusia’

-

GIBRALTAR: Bintang Norway, Erling Braut Haaland dan Martin Odegaard, pada Rabu memakai jersi dengan slogan “Hak Asasi Manusia, dalam dan luar padang” dalam sokongan kepada pekerja buruh warga asing yang membina venue-venue Piala Dunia di Qatar untuk Piala Dunia 2022.

Haaland, kapten Norway, Odergaard dan juga rakan sepasukann­ya, memakai jersi dengan slogan bantahan itu ketika pasukan lagu kebangsaan dimainkan sebelum sepak mula perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Gibraltar.

Tindakan itu dibuat ketika perdebatan semakin hangat tentang penganiaya­an hak asasi manusia di Qatar, tuan rumah kontrovers­i untuk temasya bola sepak terbesar dunia.

Pada Selasa, jurulatih Norway, Staale Solbakken, berkata skuadnya merancang untuk menggunaka­n perlawanan ini sebagai peluang untuk menyuaraka­n pandangan mereka.

“Kami melakukan sesuatu yang jelas,” kata Solbakken ketika memberitah­u taklimat kedua tanpa mengulas lanjut.

“Ia tentang memberikan tekanan kepada FIFA (badan induk bola sepak dunia) untuk bersikap lebih jelas, lebih tegas kepada pihak berkuasa di Qatar, untuk memberikan syarat yang lebih ketat,” jelas beliau.

Odegaard berkata beliau merasakan keseluruha­n mahu meluahkan perasaan mereka.

“Saya mendapat gambaran bahawa ramai pemain berminat dalam isu ini dan mahu melakukan sesuatu untuk menyumbang dengan cara yang baik,” kata pemain yang dipinjamka­n ke Arsenal dari Real Madrid.

Beberapa kelab di Norway juga mencadangk­an boikot Piala Dunia selepas pendedahan oleh akhbar Britain, The

Guardian yang mendakwa lebih dari 6,500 pekerja buruh warga asing mati di Qatar sejak FIFA memberi hak penganjura­n Piala Dunia kepada Qatar.

Persekutua­n Bola Sepak Norway dijangka membahaska­n isu ini pada kongres khas mereka pada bulan Jun nanti.

Menurut tinjauan yang dikeluarka­n oleh akhbar tempatan, Verdens Gangs, pada Isnin, 55 peratus penduduk Norway percaya negara mereka harus memboikot Piala Dunia 2022 sementara 20 peratus tidak menyokong. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Gibraltar dan Norway di Stadium Victoria, Gibraltar.
— Gambar AFP HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Gibraltar dan Norway di Stadium Victoria, Gibraltar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia