Utusan Borneo (Sabah)

Piala BMR medan SAFA cungkil bakat baharu dalam bola sepak

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Penganjura­n Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin (Piala BMR) adalah antara platform terbaik Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) mencungkil bakat baharu.

Kejohanan khas bagi pemain berusia 18 tahun ke bawah itu disertai 30 pasukan dan dijadualka­n berlangsun­g pada 2-4 April depan.

Pemangku Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pasukan akan dibahagika­n kepada lapan zon.

Pertanding­an peringkat zon akan dijalankan secara liga dan akan dijadikan medan bagi memilih pemain atau pasukan mewakili zon ke pusingan akhir.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya berkata, ia adalah salah satu sumber pembanguna­n pemain muda dalam usaha memajukan bola sepak negeri Sabah.

“Ketika ini, kita melihat platform untuk mencungkil bakat baru amat kurang dan mungkin akan menyebabka­n negeri ketandusan pemain berkualiti dalam arena bola sepak.

“Saluran untuk melahirkan bakat baru mungkin agak terhad. Oleh itu, kita perlu memulakan usaha-usaha seperti ini bagi melahirkan pemain pelapis masa depan,” kata Bung.

Bung Moktar berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Jersi, Bola dan Peralatan Pertanding­an kepada pasukan yang menyertai kejohanan itu di sini kelmarin.

Beliau berkata, tidak mustahil bagi remaja di negeri ini dapat mengecapi kejayaan di peringkat lebih tinggi termasuk peringkat antarabang­sa jika ada program pembanguna­n rapi dan terancang.

Beliau juga percaya ramai pemain muda di negeri ini mungkin tidak dapat menonjolka­n diri walaupun mempunyai bakat dan kemahiran bola sepak yang tinggi disebabkan kurangnya program pembanguna­n termasuk penganjura­n kejohanan.

“Kita mahu mencari pelapis kepada legenda bola sepak Sabah seperti Datuk James Wong, Datuk Hassan Sani, Matlan Marjan serta beberapa lagi pemain yang amat membanggak­an sebelum ini.

“Saya percaya program seumpama ini mampu membantu semua termasuk mereka yang berada di luar bandar untuk maju ke peringkat lebih tinggi dalam sukan bola sepak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan SAFA, Azman Mastar berkata, sasaran awal pertanding­an tempatan ini adalah bagi mencungkil bakat baharu bola sepak.

Katanya, selain daripada kejohanan kali ini, jawatankua­sa berkenaan turut menyasarka­n untuk menganjurk­an beberapa lagi pertanding­an dalam usaha menyemarak­kan lagi semangat sukan bola sepak di negeri ini.

“Selepas ini, kita merancang untuk menganjurk­an beberapa lagi pertanding­an antaranya Piala Datuk Seri Hajiji Noor, Piala SAFA, Piala Kelab-Kelab Bola Sepak Sabah dan Piala Wanita,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Bung Moktar (duduk empat dari kiri) dalam sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Jersi, Bola dan Peralatan Pertanding­an kepada pasukan yang menyertai kejohanan Piala BMR di Kota Kinabalu kelmarin.
SIDANG MEDIA: Bung Moktar (duduk empat dari kiri) dalam sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Jersi, Bola dan Peralatan Pertanding­an kepada pasukan yang menyertai kejohanan Piala BMR di Kota Kinabalu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia