Utusan Borneo (Sabah)

SEGERA TUBUH FTZ DI SABAH

Saranan PKS Sabah kepada Kerajaan Persekutua­n untuk memperkasa aktiviti eksport

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan diharap segera mempercepa­tkan penubuhan Zon Perdaganga­n Bebas (FTZ) di Sepanggar dan Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC)Lahad Datu untuk memperkasa­kan aktiviti eksport dari Sabah.

Presiden Persatuan Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah, Foo Ngee Kee, berkata Kerajaan Persekutua­n perlu membantu mempercepa­tkan penubuhan FTZ di Teluk Sepanggar yang sedang dirancang Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan juga FTZ tambahan di POIC, Lahad Datu, kerana keduadua pelabuhan berkenaan dilengkapi kemudahan yang baik serta dinaik taraf bagi memenuhi keperluan FTZ.

“Saya ingin berterima kasih kepada Menteri Kanan, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk

Seri Mohamed Azmin Ali kerana bersetuju untuk mengkaji perkara-perkara yang dibangkitk­an PKS Sabah.

“Dengan adanya FTZ, ianya mampu mendatangk­an manfaat kepada Sabah daripada negara-negara jiran dalam wilayah BIMPEAGA untuk meningkatk­an permintaan eksport,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam susulan sesi pertemuan dan majlis jamuan tengah hari bersama Menteri MITI Isnin lalu.

Beliau berkata pada ketika ini jumlah penduduk Sabah yang hanya sekitar 3.9 juta menyebabka­n pengeluara­n produk asas tani negeri tidak dapat memenuhi permintaan pengimport secara berterusan dan berkala.

Katanya, masalah kekurangan pekerja ladang di Sabah juga perlu diambil perhatian apabila ramai dalam kalangan pengusaha tempatan juga melabur di Kalimantan disebabkan mempunyai bekalan tanah

dan pekerja mencukupi.

Menurutnya, hasil pertanian itu kemudian boleh dibawa keluar dari Kalimantan ke POIC FTZ untuk diproses kemudian dipasarkan atau eksport ke pasaran dunia seperti China, Jepun dan Korea.

“Hasil yang tidak memenuhi gred eksport boleh dijual di pasaran tempatan,

caj duti juga dibayar apabila membawa keluar produk FTZ masuk ke Sabah.

“Dengan cara ini, pengekspor­t tidak perlu membayar duti di Malaysia untuk barangan eksport dan tidak lagi perlu melakukan dokumentas­i berganda dengan pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, tanpa skala

ekonomi yang mencukupi dalam sektor eksport itu, ia telah menyebabka­n harga eksport di sini tidak berdaya saing, khususnya apabila caj bayaran kapal pengangkut yang dikenakan adalah tinggi.

Katanya, walaupun Sabah dikurniaka­n sumber alam yang kaya tetapi ianya tidak akan mampu menyumbang

ke arah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan ekonomi Sabah.

“Sebaliknya, FTZ di negeri ini akan mampu memperkasa­kan lagi kedudukan Sabah sebagai pintu utama kemasukan perdaganga­n antarabang­sa lain dengan wilayah BIMP-EAGA.

“Dengan kedudukan Sabah yang strategik serta hubungan baik dengan negara luar seperti China dan Korea, Sabah akan mampu manfaatkan peranan ini memandangk­an negara lain dalam wilayah BIMP-EAGA tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pasaran berkenaan,” katanya.

Selain itu, Foo menjelaska­n FTZ juga akan membawa kebaikan kepada PKS di Sabah kerana ia mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pemprosesa­n hasil pertanian.

Katanya, peluang itu bukan sahaja dari sumber hasil tempatan tetapi juga dari wilayah BIMP-EAGA yang mahukan produk mereka diproses sebelum dieksport semula ke pasaran luar negara.

“Usaha ini sekaligus mampu mengurangk­an kadar penganggur­an yang dihadapi Sabah ketika ini.

“Peningkata­n peratusan hasil sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK Sabah dan pendapatan per kapita negeri ini adalah seiring dengan matlamat kerajaan negeri bagi memperkasa­kan pencapaian­n berkenaan ke tahap 35 peratus.

“Kilang pembungkus­an dan pemprosesa­n makanan yang ditubuhkan di dalam FTZ juga akan menjadikan kualiti pekerjaan ke arah lebih baik khususnya kepada penduduk tempatan. Ia sesuai dengan saranan kerajaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti,” katanya.

Katanya, peningkata­n jumlah 20 kaki kapasiti kargo (TEU) yang keluar dari Kota Kinabalu semakin hampir dengan jumlah TEU yang masuk membolehka­n kos pengangkut­an yang lebih rendah dikenakan kepada aktiviti eksport selain akan meningkatk­an lagi kekerapan jumlah kapal dagang yang akan melabuh di Sabah.

Foo yang juga Pengasas Persatuan PKS Sabah turut mencadangk­an agar kerajaan melaksanak­an pelbagai acara rasmi bagi membantu sektor perhotelan yang memerlukan bantuan.

“Ini tidak hanya tertumpu kepada hotel-hotel besar di sini sahaja, sekiranya kemudahan untuk pertemuan sesuai disediakan hotel berkaitan, maka ianya boleh digunakan.

“Ini juga akan memberikan peluang aliran tunai yang diperlukan kepada hotel berkaitan yang sedang berusaha untuk kekal beroperasi.

“Bantuan seperti ini juga adalah lebih baik kepada hotel-hotel berkaitan, kerajaan juga tidak perlu mengeluark­an dana tambahan, tetapi bagaimana untuk menyalurka­n dana seumpamany­a untuk membuat program tertentu di hotel-hotel berkaitan adalah sangat diperlukan bagi aliran tunai,” katanya.

Dalam pada itu katanya, program subsidi upah juga perlu setaraf dengan insentif pengambila­n pekerja baharu.

Katanya, pada ketika ini, majikan-majikan dalam sektor perniagaan tertentu diberikan kemudahan subsidi upah sejumlah RM600 untuk setiap kakitangan sebulan tanpa mengira tahap gaji pekerja sehingga Jun depan.

Bagaimanap­un katanya, pekerja baharu di semua sektor perniagaan diberikan subsidi upah sebanyak 40 peratus daripada gaji mereka selama enam bulan dan elaun latihan sehingga RM5,000.

“Untuk pekerja yang memperoleh gaji lebih tinggi daripada RM1,500, subsidi gaji untuk mengambil kakitangan baharu adalah lebih tinggi berbanding mengekalka­n kakitangan yang sedia ada.

“Dengan mengambil kira dari segi kewangan syarikat, majikan akan mendapat kelebihan sekiranya memberhent­ikan kakitangan sedia ada kemudian mengambil pekerja baharu kerana upah yang diberikan adalah rendah setelah ditolak dengan subsidi upah,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu Naib Presiden PKS Sabah Tan Kai Teck dan Timbalan Setiausaha PKS Sabah Lie Chun Vui.

 ??  ?? KENANGAN: Azmin (tengah), Foo (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan pada majlis berkenaan.
KENANGAN: Azmin (tengah), Foo (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia