Utusan Borneo (Sabah)

955.81 liter minyak diesel, sebuah kenderaan disita

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Sejumlah 955.81 liter minyak diesel dan sebuah kenderaan dipercayai untuk mengangkut minyak terbabit disita di sini kelmarin.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata, sitaan kes membabitka­n barang kawalan berjadual itu adalah hasil daripada rampasan dilakukan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) pada 24 Mac lalu.

“Turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan memiliki barang kawalan tanpa suatu kebenaran yang sah dari Pengawal Bekalan Malaysia dan menyimpan barang kawalan selain dari tempat yang dilesenkan.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kesemua barang kes sudah dialihkan dan disimpan di Stor Eksibit KPDNHEP Kota Kinabalu manakala suspek bagi kes ini ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut kes terbabit.

Tambahnya sekiranya sabit kesalahan, suspek terbabit boleh dihukum mengikut Seskyen 22(1) AKB 1961 iaitu denda tidak melebihi

RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua.

Katanya, suspek juga boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi individu. Manakala bagi pertubuhan, pemilik boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2 juta.

Sementara itu, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini KPDNHEP mengendali­kan siasatan dan pendakwaan terhadap 15 kes serahan dengan nilai rampasan berjumlah RM159,204.65 yang diterima daripada agensiagen­si penguatkua­saan lain seperti Polis DiRaja Malaysia terutamany­a Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am dan Angkatan Tentera Malaysia.

Georgie berkata, kerjasama antara agensi banyak membantu dalam usaha kementeria­n ini membantera­s percubaan penyelewen­gan barang-barang kawalan seperti gas petroleum cecair, minyak masak bersubsidi, tepung gandum, gula, petrol RON95 dan diesel keluar ke negara jiran.

“KPDNHEP Sabah akan sentiasa mengadakan kerjasama dengan agensi penguatkua­saan agar tindakan penguatkua­saan berterusan serta lebih efektif dilaksanak­an terutamany­a di kawasan perairan dan sempadan Sabah,” katanya.

 ??  ?? RAMPAS: Minyak diesel dan kereta yang dirampas oleh PPM sebelum diserahkan kepada KPDNHEP Sabah.
RAMPAS: Minyak diesel dan kereta yang dirampas oleh PPM sebelum diserahkan kepada KPDNHEP Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia