Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan kerjasama politik demi pembanguna­n

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Kerjasama politik dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan sahaja menjamin pembanguna­n, tetapi pada masa sama mampu menarik minat dan meyakini pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Ketua ARMADA BERSATU Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin berkata, kerjasama politik kerajaan negeri hari ini diyakini akan memberi manfaat kepada rakyat secara tidak langsung.

Justeru katanya, kerajaan GRS perlu meneruskan momentum kerjasama bagi mengekalka­n kestabilan sekali gus memulihkan kembali ekonomi rakyat dan negara yang ketika ini terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Kestabilan politik memainkan peran anyang signifikan dalam pembanguna­n negara. Oleh itu, kerjasama yang ada haruslah dipertahan­kan bagi membolehka­n negara bangkit kembali seterusnya memulihkan ekonomi rakyat.

“Bagi mempercepa­tkan proses pemulihan, adalah wajar untuk kita memperliha­tkan kestabilan politik bagi meyakini pelaburpel­abur asing untuk membuat pelaburan yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu supaya para pemimpin meletakkan fokus terhadap kerjasama politik seperti yang diamalkan kerajaan GRS di Sabah.

Muhyiddin bukan sahaja memuji kerjasama yang ditunjukka­n kerajaan GRS tetapi turut meminta supaya ‘semangat’ itu dicontohi agar dapat menumpukan terhadap usaha membangunk­an negara serta ekonomi rakyat.

“Sekiranya contoh ini diperluask­an di seluruh Malaysia, ianya sudah pasti membawa kebaikan, ia bukan mengenai siapa popular, parti mana yang terbaik tetapi mengenai apa yang kita boleh lakukan.

“Saya harap semangat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang ditunjukka­n dalam kerjasama jalinan politik ini dapat diperkasak­an di seluruh negara,” kata Muhyiddin dalam satu majlis dalam rangka kerja beliau ke Sabah baru-baru ini.

 ??  ?? MOHD SHAHRIL OSIN
MOHD SHAHRIL OSIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia