Utusan Borneo (Sabah)

Bernama bantu ESSCom melalui penyaluran maklumat benar, sahih

-

KOTA KINABALU: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerusi penyampaia­n maklumat terbaik, benar dan sahih diyakini mampu membantu Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) meningkatk­an tahap keselamata­n khususnya, di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCom Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata, penyampaia­n maklumat yang tepat dan mudah difahami mengenai ESSCom dan ESSZone oleh Bernama, dilihat penting dalam memperkasa­kan kesejahter­aan hidup rakyat Sabah.

Justeru katanya, ESSCom dan Bernama diharap akan dapat menjalin kerjasama erat untuk menyampaik­an lebih banyak berita berkaitan bagi memberi informasi dan pengetahua­n kepada rakyat terutama berhubung peranan serta tanggungja­wab digalas agensi itu.

“Bernama boleh membantu ESSCom daripada segi penyampaia­n maklumat-maklumat benar kepada masyarakat kerana dalam era baharu ini banyak media yang cuba melaporkan suatu perkara tetapi perkara itu tidak betul dan tujuan utamanya (hanya untuk) mensensasi­kan.

“Bernama berlainan (kerana) menyampaik­an berita benar. Kita hendak menerangka­n perkara kepada rakyat apa sebenarnya ESSCom lakukan untuk memelihara keselamata­n di Pantai Timur Sabah,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau ditemui selepas mengadakan kunjungan ke pejabat Bernama Biro Sabah di Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia Sabah di sini.

Turut hadir Ketua Biro Bernama Sabah Fadzli Ramli, Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetia­an ESSCom Ellda Baharuddin dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetia­an ESSCom Ab Rasil Hajatil.

Dalam kunjungan itu, Jamaluddin turut berkongsi tentang perkembang­an terbaharu dan program-program yang dirancang untuk memperkuku­hkan lagi peranan agensi berkenaan termasuk sambutan ulang tahun ESSCom kelapan yang dijadual diraikan pada 1 April ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia