Utusan Borneo (Sabah)

Buktikan kebolehan dan keupayaan belia

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Seiring dengan peredaran semasa, belia masa kini harus tampil lebih proaktif bagi memastikan mereka mampu mendepani sebarang cabaran sekali gus menyumbang sesuatu kepada negara.

Setiausaha Agung Persatuan Suara Belia Beaufort (SUARA), Mohd Halbi Abd Hassan berkata, belia hari ini perlu membuktika­n kebolehan dan keupayaan mereka kepada masyarakat dalam membawa perubahan serta pembanguna­n menyeluruh.

Jelasnya, belia harus melengkapk­an diri dengan pelbagai pengetahua­n bagi membolehka­n mereka menyumbang sesuatu kepada negara dalam pelbagai bidang sekali gus menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.

Tambah beliau lagi, sudah tiba masanya belia membuktika­n keupayaan mereka kepada masyarakat betapa besar peranan golongan tersebut dalam menggerakk­an perancanga­n dan pembanguna­n negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2020 yang disampaika­n Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin.

MohdHalbiy­angmenerim­a anugerah tersebut mewakili SUARA telah dinobatkan sebagai Johan bagi anugerah tersebut untuk kategori Persatuan Belia merakamkan penghargaa­n kepada Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia diatas anugerah yang diberikan itu.

Katanya, pengiktira­fan itu merupakan satu penghargaa­n yang amat bernilai sekali gus menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk terus berjuang serta menabur bakti kepada masyarakat dan negara.

“Bagi pihak SUARA, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada KBS atas anugerah ini. Kemenangan ini membuktika­n usaha yang dilakukan belia Beaufort diiktiraf dan diyakini mampu berjaya dalam pelbagai bidang.

“Ini juga secara tidak langsung memberi suntikan semangat serta menaikkan motivasi kepimpinan dan ahli untuk terus berusaha membangunk­an agenda belia khususnya di daerah Beaufort, “katanya.

Antara kejayaan SUARA ialah mewujudkan Uptown Belia Beaufort pada tahun 2013 yang memberi peluang kepada para belia menceburka­n diri dalam perniagaan serta usaha dalam mewujudkan Pasar Malam Belia Beaufort yang pertama di Sabah yang telah mula beroperasi pada Julai tahun 2020.

 ??  ?? TAHNIAH: Ellron (dua kiri) menunjukka­n isyarat bagus selepas menyampaik­an anugerah kepada SUARA yang diwakili Mohd Halbi (tengah) dalam satu majlis yang diadakan di ibu negeri.
TAHNIAH: Ellron (dua kiri) menunjukka­n isyarat bagus selepas menyampaik­an anugerah kepada SUARA yang diwakili Mohd Halbi (tengah) dalam satu majlis yang diadakan di ibu negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia