Utusan Borneo (Sabah)

NGO, swasta digalak ambil bahagian sumbang infaq amal Food Bank

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Badan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan pertubuhan digalakkan mengambil bahagian dalam menyumbang­kan infaq amal kepada golongan yang memerlukan.

Yang Dipertua (YDP) Mimbar Permaufaka­tan Ibubaoa Malaysia (MAPIM) Negeri Sabah merangkap Naib Presiden Bapa MAPIM Kebangsaan Otoh Sibik Hj Sahak berkata, pada masa sama barisan wakil-wakil rakyat, pemimpin masyarakat, badan korporat dan pihak swasta juga amat dialu-alukan untuk mengambil bahagian agar dapat menyumbang­kan infaq amal Food Bank ini secara berterusan.

“Selaku YDP MAPIM Negeri Sabah, sudah tentunya saya amat berbangga dengan penganjura­n program ini, bersesuaia­n dengan tema ‘Sepakat Membasmi Kelaparan’ dan matlamatny­abagimerin­gankan beban hidup golongan asnaf dan fakir miskin yang amat memerlukan.

“Sudah sampai waktu dan ketikanya bukan sahaja kepada PITSS sebagai pengerak utama kepada program ini tetapi amatlah digalakkan penglibata­n mana-mana NGO’s, persatuan dan pertubuhan mengambil bahagian dan tindakan untuk mengadakan program serupa ini bukan sahaja memfokuska­n di pasar raya tetapi perlu dibuat dan dilaksanak­an di masjid, surau pejabat-pejabat kerajaan Persekutua­n dan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Agihan Bakul Amal Food Bank anjuran Persatuan Ibu Tunggal Serinita Sandakan (PITSS) bersama Mydin Mall Sandakan di sini.

Seramai 250 orang asnaf yang terpilih menerima agihan bakul amal Food Bank pada majlis itu.

Beliau berkata, ramai dalam kalangan rakyat dan masyarakat bukan sahaja di daerah Sandakan, negeri Sabah atau negara Malaysia malah di seluruh pelusuk dunia, amat terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19 sejak hampir setahun lebih.

“Semua sektor ekonomi lumpuh dan terjejas sejak wabak pandemik COVID-19 menular di seluruh dunia, khasnya di daerah Sandakan dan amnya di negeri Sabah. Maka dengan wujudnya program Amal Food Bank ini sudah tentunya dapat memberikan kelegaan dan meringanka­n beban sara hidup para asnaf dan fakir miskin,” katanya.

Beliau mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Pengerusi PITSS Aida Royana Abdul Rani, AJK penganjur dan kepada Pengurus Mydin Mall Sandakan Zulkifli Yunus kerana berjaya mengadakan program ini.

Pada kesempatan ini, beliau juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua barisan petugas hadapan seperti pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia, PDRM, Majlis Keselamata­n Negara, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), JHEAINS, para individu yang secara langsung atau tidak langsung menjadi tunggak bagi menangani penularan wabak pandemik COVID-19 ini secara efisyen dan berkesan dengan mempertaru­hkan nyawa, masa dan tenaga bagi memastikan semua rakyat terhindar dari jangkitan wabak berkenaan.

 ??  ?? SUMBANGAN: Otoh Sibik menyumbang ke Tabung Amal Food Bank sambil diperhatik­an oleh Aida (kanan).
SUMBANGAN: Otoh Sibik menyumbang ke Tabung Amal Food Bank sambil diperhatik­an oleh Aida (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia