Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sandakan bantu pesakit kencing manis dan buah pinggang

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN:PusatKhidm­at Rakyat Parlimen Sandakan menerusi Pegawai Pentadbira­nnya, Lai Shiau Lin telah mewakili Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee untuk melawat seorang pesakit kencing manis dan buah pinggang yang memerlukan sokongan kewangan bagi menampung kos perubatan beliau.

Hanya seorang anak perempuan pesakit itu yang bekerja dan membiayai kehidupan mereka sekeluarga yang terdiri daripada bapa yang berusia, emak yang sakit serta adik yang telah balik dari Semenanjun­g untuk menjaga ibu mereka.

Lawatan berkenaan dilaksanak­an selepas rakan kepada keluarga berkenaan memaklumka­n kepada Pejabat Khidmat Parlimen Sandakan berhubung keadaan keluarga tersebut.

Vivian berkata, semasa lawatan itu, pihaknya juga dimaklumka­n berkenaan masalah lain yang dihadapi pesakit itu ketika ini iaitu kekurangan mesin hemodialis­is di Unit Hemodialis­is Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan yang menyebabka­n beliau perlu menunggu untuk mesin berkenaan.

Ini kerana mesin yang ada pada ketika ini hanya boleh menampung pesakit sedia ada.

Maklumat itu juga diketahui semasa kunjungan Vivian ke Unit Hemodalias­is HDOK yang mana bilangan slot untuk pesakit hanya mencukupi bagi pesakit sedia ada dan tidak dapat menambah pesakit lain lagi.

Pihaknya juga mendapat maklumat daripada unit berkenaan bahawa 16 buah mesin mencuci buah pinggang baharu akan diserahkan kepada HDOK pada bulan April.

Untuk itu, katanya, pasukan P186 akan membuat susulan dengan pihak hospital untuk mendapatka­n slot baharu bagi pesakit berkenaan di Pusat Hemodalisi­s Sandakan dengan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Vivian berkata pihaknya akan menolong keluarga tersebut untuk mendaftar bagi mendapatka­n bantuan bakul kasih.

“Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubung­i pasukan P186 Sandakan dan kami akan menolong menghubung­i keluarga tersebut untuk urusan berkenaan,” tambahnya.

 ??  ?? ZIARAH: Lai (kanan) mewakili Vivian ketika melawat seorang pesakit buah pinggang yang memerlukan bantuan.
ZIARAH: Lai (kanan) mewakili Vivian ketika melawat seorang pesakit buah pinggang yang memerlukan bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia