Utusan Borneo (Sabah)

Jangan waswas, suntikan vaksin imunisasi COVID-19 selamat, terbaik

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Demi meningkatk­an statisik pendaftara­n suntikan vaksin di negeri ini, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik mengajak semua lapisan masyarakat agar segera mendaftark­an diri.

Selesai mendapatka­n suntikan vaksin dos kedua, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menggesa rakyat di negeri ini agar tidak berasa waswas untuk mendapatka­n suntikan.

“Kerajaan telah memilih vaksin yang selamat dan terbaik untuk rakyat negara ini mendapat suntikan imuniti jangkitan COVID-19,” katanya.

Robert berkata demikian selepas melengkapk­an suntikan vaksin dos kedua di Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau.

Suntikan dos kedua yang diterima Robert kali ini telah melengkapk­an syarat bagi penggunaan vaksin itu.

Sebelum ini Robert dan beberapa individu termasuk doktor, pegawai kesihatan dan petugas barisan hadapan telah menerima suntikan vaksin dos pertama di tempat yang sama tiga minggu lalu.

Robert berharap kalangan orang awam dapat mendaftark­an diri untuk menerima suntikan vaksin tersebut melalui aplikasi MySejahter­a atau berhubung terus ke pejabat kesihtan kawasan masing-masing.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarka­n 24 Februari dan menyasar mevaksin kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan sehingga April depan.

Fasa 2 imunisasi yang membabitka­n vaksin PfizerBioN­Tech dan Sinovac, dijadual bermula April hingga Ogos yang melibatkan kirakira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Manakala Fasa 3 dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 dan disasar untuk sekitar 13.7 juta penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

 ??  ?? IMUNISASI: Robert sedang menerima vaksin dos kedua.
IMUNISASI: Robert sedang menerima vaksin dos kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia