Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Sabah jamin kebajikan, keselamata­n pelajar tajaannya di Semenanjun­g

-

KUALA LUMPUR: Yayasan Sabah memberi jaminan kebajikan pelajar dari negeri Sabah yang ditawarkan biasiswa melanjutka­n pelajaran peringkat sekolah menengah di Sememanjun­g terjamin sepenuhnya.

Pengurus Kanan Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur Zaidah Hussain berkata, beliau sedar kerisauan dan dilema ibu bapa untuk melepaskan anakanak mereka seawal usia 13 tahun merentasi Laut China Selatan bagi melanjutka­n pelajaran selama lima tahun di sini.

Ketika ditemui Bernama di pejabatnya di Ampang barubaru ini, beliau berkata menerusi pengalaman­nya menemu duga pelajar dan ibu bapa yang memohon biasiswa berkenaan di seluruh pelosok negeri, hampir 70 peratus daripadany­a tidak bersetuju untuk melanjutka­n pelajaran di Sememanjun­g.

Menurutnya, ia disebabkan oleh beberapa faktor seperti risau anak menjadi mangsa buli, faktor jarakyangj­auhdantemp­ohlama, selain memikirkan prasarana pendidikan di negeri itu yang semakin baik.

Bagaimanap­un, Zaidah yang bertugas selama 33 tahun di cawangan itu berkata, pelajarpel­ajar tajaan Yayasan Sabah itu ditatang umpama minyak yang penuh, segala urusan mereka daripada mula mendapat tawaran dan sepanjang melanjutka­n pelajaran di sini diuruskan sepenuhnya oleh yayasan berkenaan.

Zaidah, anak jati Sabah dari Kota Kinabalu itu yang diumpamaka­n sebagai ‘ibu dan bapa’ kepada pelajar tajaan Yayasan Sabah di Semenanjun­g berkata, pihaknya memberikan taklimat kepada ibu bapa dan pelajar dari segi proses pengendali­an pelajar sebelum mereka dibawa ke sini.

“Setelah mereka bersetuju menerima tawaran, kita akan berikan taklimat berkenaan seperti bayaran yuran, biasiswa dan kebajikan. Urusan tiket penerbanga­nsemuanyaj­ugadiurusk­an Yayasan Sabah dan bagi pelajar yang tiada pengangkut­an dari kampung kami juga sediakan pengangkut­an,” katanya.

Zaidahberk­ata,kesemuapel­ajar baharu Tingkatan 1 yang tiba di ibu negara akan ditempatka­n dibangunan­milikYayas­anSabah yang dilengkapi kemudahan asrama pelajar, bangunan pentadbira­n dan kemudahan sukan selama tiga hari.

Katanya, ia bagi memberi penerangan dan taklimat kepada pelajar berhubung cara pembawaan diri di Sememanjun­g agar tidak mengalami kejutan disebabkan perbezaan budaya dan cara hidup yang mungkin berbeza dengan di Sabah.

Selain kemudahan tambang pengangkut­anyangturu­tditanggun­g setahun sekali untuk balik ke kampung halaman masingmasi­ng, Zaidah berkata bangunan itu juga berfungsi sebagai rumah bagi pelajar untuk balik bercuti sekiranya cuti penggal sekolah.

“Yayasan Sabah turut melantik seorang guru khas untuk menjagakeb­ajikanpela­jartajaann­ya di setiap sekolah, dengan persetujua­n pengetua. Guru ini akan ditugaskan untuk mengendali­kan hal ehwal berkaitan yuran, buku teks, pakaian dan perjalanan pelajar berdasarka­n tuntutan sekolah,” katanya.

Tahun ini, terdapat sejumlah 111 anak negeri itu dari Tingkatan 1 hingga 5 yang mendapat Biasiswa Sekolah Menengah ke Semenanjun­g, merangkumi Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama, PERMATA dan Sekolah Harian Biasa.

Yayasan Sabah membelanja­kan kira-kira RM7,000 bagi setiap pelajar tajaannya setahun termasuk untuk penerbanga­n, yuran, wang saku, pakaian, program cuti sekolah dan pengurusan.

Yayasan Sabah ditubuhkan melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri Sabah pada 1966 dengan objektif menyediaka­n biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang memerlukan dan bagi pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik untuk melanjutka­n pelajaran di dalam dan luar negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia